Pengukuhan ilmu sejarah Islam melalui permainan kad ’Sarjana Sirah’ / Noraini Ismail, Zainab Mohd Zain dan Mohd Asri Abdullah

Ismail, Noraini and Mohd Zain, Zainab and Abdullah, Mohd Asri (2013) Pengukuhan ilmu sejarah Islam melalui permainan kad ’Sarjana Sirah’ / Noraini Ismail, Zainab Mohd Zain dan Mohd Asri Abdullah. In: Optimizing Innovation for Global Commercialization Research, Invention, Innovation Design: RIID 2013. Division of Research, Industrial Linkages and Alumni, UiTM Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 51. ISBN 978-967-0637-02-0 (Submitted)
Abstract

SARJANA SIRAH adalah inovasi permainan yang berkonsepkan permainan menggunakan kad. Objektif utama permainan ini adalah untuk mengukuhkan pemahaman masyarakat terhadap ilmu sejarah Islam dengan cara yang lebih menarik. Melalui permainan ini pemain akan dapat mengingati fakta-fakta sejarah Islam dengan lebih efektif. la sesuai digunakan oleh guru-guru sekolah dan pensyarah universiti yang mengajar Sejarah Islam atau Tamadun Islam. Ibu bapa juga boleh menggunakan permainan ini untuk memberi pengukuhan ilmu sejarah Islam terhadap anak-anak dan menarik minat anak-anak terhadap ilmu tersebut. Kandungan permainan adalah berkait dengan sejarah zaman Rasulullah SAW dan juga zaman Khulafa'ar-Rasyidin. la melibatkan 4 orang pemain untuk sekali sesi permainan. Setiap pemain akan dibekalkan satu set kad yang akan digunakan di sepanjang permainan. Manakala dua set kad akan diletakkan di hadapan pemain. Satu set untuk kegunaan pemain bagi meneruskan permainan dan satu set adalah untuk pemain mengeluarkan soalan jika diperlukan. Pemain yang berjaya menamatkan permainan akan digelar SARJANA untuk sesi tersebut. Pemain perlu mematuhi peraturan permainan disepanjang permainan berlangsung.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
79053.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics