Student’s friendly measurement tools / Hasif Saad Shamsudin … [et al.]

Shamsudin, Hasif Saad and Syed Rosian, Syed Mohd Zarul Izwan and Aman, Mohamad Zulkifli and Halifi, Ratna Dewi and Abdul Samat, Nastasa (2013) Student’s friendly measurement tools / Hasif Saad Shamsudin … [et al.]. In: Optimizing Innovation for Global Commercialization Research, Invention, Innovation Design: RIID 2013. Division of Research, Industrial Linkages and Alumni, UiTM Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 46. ISBN 978-967-0637-02-0 (Submitted)
Abstract

'Student's Friendly Measurement Tools' merujuk kepada hasil rekacipta bahan-bahan terpakai yang dijadikan produk baru bagi kegunaan dan kemudahan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Bentong semasa pembelajaran di dalam kelas terutamaya yang melibatkan ukuran dan pentafsiran lukisan di pelan. Projek ini dijalankan oleh beberapa orang pelajar dari Program Sijil Teknologi Pembinaan Kolej Komuniti Bentong. Antara tujuan projek dijalankan adalah untuk, membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam pembelajaran, membantu pelajar memahami pentafsiran ukuran bata yang diambil daripada pelan, memudahkan pelajar melihat dengan lebih jelas cara pengukuran melalui pelan tanpa perlu membayangkan keadaan sebenar serta melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Antara kebaikan dan kelebihan produk ini ialah ianya merupakan alat pengukur yang mudah disimpan dan dibawa serta alat pengukur yang mampu dimiliki oleh pelajar. Dapat dilihat kegunaan Student's Friendly Measurement Tools ini amat perlu bagi melahirkan pelajar yang lebih cemerlang di dalam pembelajaran. Student's Friendly Measuremen Tools ini bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam memahami pembelajaran malah memudahkan pensyarah menerangkan kepada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
79019.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics