Analisis kepimpinan biografi tokoh wanita muslimah dalam kontekstual semasa / Siti Zafrina Mohd Zahari …[et al.]

Mohd Zahari, Siti Zafrina and Mohd Burhan, Norhapizah and Che Hassan, Nurul Hidayah and Mohamad, Zulkefli (2016) Analisis kepimpinan biografi tokoh wanita muslimah dalam kontekstual semasa / Siti Zafrina Mohd Zahari …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Wanita merupakan golongan yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dalam menyumbangkan kemajuan untuk pembangunan negara. Sumbangan golongan wanita boleh dilihat dalam pelbagai aspek seperti sosial, politik, ekonomi, pendidikan, kepimpinan dan sebagainya. Ketokohan wanita khususnya wanita Muslimah dalam aspek kepimpinan kian terserlah bermula zaman Rasulullah SAW sehingga zaman kini. Penulisan kertas kerja ini bertujuan menganalisis biografi tokoh wanita Muslimah zaman Rasulullah SAW dan zaman kini dalam aspek kepimpinan khususnya dalam sesebuah organisasi. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan dengan melakukan anal isis kandungan terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati pemimpin wanita Muslimah hari ini mempunyai kriteria yang seharusnya wujud dalam aspek kepimpinan seperti mempunyai keyakinan, bijak membuat keputusan, dan bertanggungjawab pada tugas dan rumahtangga. Namun aspek kepimpinan kerohanian yang melibatkan aspek hablu-minallah boleh diperkemaskan agar kepimpinan wanita mempunyai keseimbangan secara holistik sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada wanita yang terlibat sebagai pemimpin agar dapat menseimbangkan tanggungjawab kepimpinan di dalam organisasi dan tanggungjawab kepimpinan sebagai seorang wanita Muslimah.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zahari, Siti Zafrina
zafrina@pahang.uitm.edu.my
Mohd Burhan, Norhapizah
izahuiaum@pahang.uitm.edu.my
Che Hassan, Nurul Hidayah
nurulhidayah@pahang.uitm.edu.my
Mohamad, Zulkefli
zulke999@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Biography
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Leadership in women. Women executives
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 415-421
Keywords: Organisasi, kepimpinan, wanita muslimah
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78909
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78909.pdf] Text
78909.pdf

Download (3MB)

ID Number

78909

Indexing

Statistic

Statistic details