Perubahan ruang melalui fauna dalam cerita lipur lara: analisis semantik inkuisitif / Mohd Zaki Abdul Latiff and Suriati Zakaria

Abdul Latiff, Mohd Zaki and Zakaria, Suriati (2016) Perubahan ruang melalui fauna dalam cerita lipur lara: analisis semantik inkuisitif / Mohd Zaki Abdul Latiff and Suriati Zakaria. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.
Abstract

Konsep yang berkaitan tentang ruang sering kali dikaitkan dengan ruang fizikal atau ruang yang maujud (dapat dilihat dengan mata). Konsep ini banyak dibincangkan dari pelbagai dimensi ilmu. Namun begitu, dalam cerita lipur lara, konsep ini melangkaui ruang fizikal kerana ia turut merangkumi ruang sosial dan ruang masa. Dalam cerita Iipur lara, konsep ruang tergambar melalui pemilihan leksikal fauna. Konsep ini tidak dinyatakan secara terus tetapi memerlukan penginterpretasian untuk mendapatkan makna sebenar yang ingin disampaikan. Justeru, kertas kerja ini akan menganalisis perubahan ruang melalui pemilihan leksikal fauna dalam Cerita Anggun Cik Tunggal. Contoh analisis akan melibatkan enam daripada 82 data yang diambil dalam Cerita Anggun Cik Tunggal dan menggunakan pendekatan semantik inkuisitif. Kajian mendapati, penggunaan dan pemilihan fauna tertentu bukan hanya dapat mengungkapkan perubahan ruang dalam bentuk fizikal, sosial dan masa, malah turut menggambarkan kepekaan orang Melayu terhadap alam sekeliling mereka sekali gus membuktikan ketinggian akal serta kebijaksanaan orang Melayu. Kajian yang terhasil diharapkan dapat menambah lagi kosa ilmu berkaitan cerita lipur lara Melayu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 78532.pdf]
Text
78532.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics