Prinsip privasi rekabentuk dan susun atur rumah kediaman mengikut perspektif islam: satu perbincangan / Faizan Abdul Jabar, Tengku Intan Suzila T.S and Nor Hidayatun Abdul Razak

Abdul Jabar, Faizan and T.S, Tengku Intan Suzila and Abdul Razak, Nor Hidayatun (2016) Prinsip privasi rekabentuk dan susun atur rumah kediaman mengikut perspektif islam: satu perbincangan / Faizan Abdul Jabar, Tengku Intan Suzila T.S and Nor Hidayatun Abdul Razak. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.
Abstract

Rumah adalah keperluan asas untuk setiap manusia. Di dalam kajian barat seperti Teori Abraham Maslow sendiri meletakkan kediaman adalah perkara asas yang semestinya semua orang patut miliki. Kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat untuk melindungi diri dan aset, tetapi ia juga
berfungsi sebagai zon untuk melakukan aktiviti privasi dengan selesa. Namun begitu, kebanyakan kediaman sekarang lebih kepada konsep moden tetapi tidak memenuhi prinsip yang digariskan oleh agama. Malah dari segi susun atur kediaman kebanyakannya lebih mementingkan duniawi berbanding apa yang dituntut dalam ajaran islam. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan prinsip privasi rekabentuk dan susun atur rumah kediaman mengikut perspektif Islam dimana ia menjamin kepada pembentukan keluarga Muslim. Manakala objektif kedua adalah membincangkan impak rekabentuk kediaman dan susun atur dalaman mengikut perspektif Islam terhadap pembentukan dan pembangunan akhlak Muslim. Diharap kertas kerja ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan rekabentuk serta susun atur kediaman dalam pembentukan dan pembangunan akhlak Muslim di masa kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 78525.pdf]
Text
78525.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics