Keselesaan dan kesejahteraan rekabentuk rumah kediaman mengikut perspektif islam / Ahmad Amzari Yaccob …[et al.]

Yaccob, Ahmad Amzari and Abd Latif, Amminudin and Muhamad, Noor Safwan and Derahman, Dr. Adnan and Abd Rahman, Nurul Aishah (2016) Keselesaan dan kesejahteraan rekabentuk rumah kediaman mengikut perspektif islam / Ahmad Amzari Yaccob …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Rumah merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang mempunyai dinding dan bumbung yang dapat menahan dari kerpasan, angin, kepanasan, kesejukan. Manusia sememangnya memerlukan rumah sebagai tempat perlindungan dan keperluan kepada rumah bermula dari awal kewujudan manusia lagi. Rumah juga berfungsi sebagai tempat ibadat, istirehat dan juga merupakan institusi pendidikan awal bagi proses pembentukan akhlak dan jati diri manusia. Pada perspektif Islam, akhlak sesorang boleh diukur berdasarkan akhnya di rumah. Oleh itu, rumah merupakan istana bagi seseorang yang mana keistimewaan rekabentuk sesebuah rumah akan menyumbang kepada kehormanian sesebuah masyrakat,bangsa dan negara. Namun pada hari ini, rekabentuk ruah tidak lagi sehebat pada zaman kegemilangan umat Islam atau zaman kemasyhuran Tamadun Melayu suatu ketika. Jika diteliti, rumah pada hari ini direka bentuk berdasarkan pengaruh barat serta negara bukan Islam, malah rekaan yang dihasilkan hanya mementingkan keselesaan pada pemikiran manusia sahaja tanpa berlandaskan garis panduan seperti yang disyariatkan oleh agama Islam. Hasilnya, rumah yang dihuni oleh seseorang yang beragama Islam tiada bezanya dengan rumah-rumah orang kafir. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W telah menegah kita daripada menurut gaya hidup yang tidak baik daripada orang kafir. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri rekabentuk rumah yang memenuhi syariat Islam. Kajian kepustakaan adalah kaedah yang diguna pakai dalam menyiapkan kajian ini. Jurnal dijadikan bahan rujukan utama dalam mendalami objektif kajian. Didapati terdapat banyak ciri-ciri rekabentuk rumah yang tidak memenuhi syariat Islam. Salah satunya ialah rumah perlu bilangan bilik yang mencukupi untuk ibubapa, anak-anak dan tetamu. Kedudukan tandas bersama dengan bilik air. Selain itu, tandas yang dibina menghadap kiblat. Susunatur katil disusun menghalakan kaki ke kiblat dan sebagainya. Oleh itu, rekabentuk rumah yang sempurna mengiut syariat Islam dapat membantu seseorang Islam itu untuk memanfaatkan masa mereka ketika di rumah bagi meningkatkan kualiti amal kerana amal ibadat yang sempurna boleh mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yaccob, Ahmad Amzari
amzari@pahang.uitm.edu.my
Abd Latif, Amminudin
amminudin738@pahang.uitm.edu.my
Muhamad, Noor Safwan
safwanmuhamad@pahang.uitm.edu.my
Derahman, Dr. Adnan
dradnan@pahang.uitm.edu.my
Abd Rahman, Nurul Aishah
naishah.ar@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
T Technology > TX Home economics > The house. Including arrangement, care, servants
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 207-211
Keywords: Rumah, syariat islam
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78435
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78435.pdf] Text
78435.pdf

Download (2MB)

ID Number

78435

Indexing

Statistic

Statistic details