Air tidak berhasil- non-revenue water (NRW) daripada perspektif islam / Ahmad Amzari Yaccob …[et al.]

Yaccob, Ahmad Amzari and Abd Latif, Amminudin and Muhamad, Noor Safwan and Derahman, Dr. Adnan and Abd. Rahman, Nurul Aishah (2016) Air tidak berhasil- non-revenue water (NRW) daripada perspektif islam / Ahmad Amzari Yaccob …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Salah satu nikmat kurniaan Allah yang amat besar namun mungkin dipandang remeh atau tidak kita sedari adalah nikmat sumber alam secara khususnya iaitu air bersih. Mungkin kerana terlalu mudahnya kita mendapatkan air bersih, kita tidak terlalu memikirkan betapa besarnya nikmat Allah ini sama ada untuk tujuan ibadah seperti wudhu mahu pun untuk keperluan yang lain. Air merupakan keperluan asas seluruh kehidupan makhluk yang mana tanpanya akan hancurlah kehidupan. Firman Allah SWT. Yang berkaitan nikmat air kurniaan-Nya terdapat dalam Surah AI-Anbiya ayat 30 yang bermaksud "Dan kami jadikan daripada air segala kehidupan, apakah mereka tidak beriman ". Maka dengan itu, sewajarnya kita dapat menguruskan bekalan air dengan baik dan cekap supaya air tidak terbazir begitu sahaja. Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water, NRW) boleh dikategorikan sebagai kehilangan air semasa pengagihan kepada pengguna dalam perkhidmatan bekalan air. Peratusan NRW yang tinggi menunjukkan jumlah kehilangan air yang banyak dan mendatangkan kerugian kepada industri, dan seterusnya kepada negara kerana hasilnya tidak dapat dikutip. Kadar NRW ini merupakan antara salah satu penanda aras yang digunakan untuk mengukur tahap prestasi perkhidmatan air sesebuah negeri dan negara. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti punca-punca NRW dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan NRW. Kajian kepustakaan adalah kaedah yang digunakan dalam menyiapkan kajian ini. Buku dan jurnal dijadikan bahan rujukan utama dalam mendalami objektif kajian. Didapati kebanyakan punca utarna NRW ialah daripada segi kehilangan fizikal iaitu seperti kebocoran atau paip pecah. Kebocoran dalam sistem perpaipan juga memberikan impak kepada kualiti bekalan air.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yaccob, Ahmad Amzari
amzari@pahang.uitm.edu.my
Abd Latif, Amminudin
amminudin738@pahang.uitm.edu.my
Muhamad, Noor Safwan
safwanmuhamad@pahang.uitm.edu.my
Derahman, Dr. Adnan
dradnan@pahang.uitm.edu.my
Abd. Rahman, Nurul Aishah
naishah.ar@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Water distribution systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 202-206
Keywords: Bekalan air, NRW
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78433
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78433.pdf] Text
78433.pdf

Download (2MB)

ID Number

78433

Indexing

Statistic

Statistic details