Modenisasi dan implikasinya ke atas kerharmonian rumah tangga: tinjauan Taman Perumahan BDC Stampin / Jaibi Dua ... [et al.]

Dua, Jabi and Federick Ginda, Joanna and Lisus, Justina and Francis, Mariam Sudana and Mortadza, Mohamad Suandi and Itam, Samuel (1998) Modenisasi dan implikasinya ke atas kerharmonian rumah tangga: tinjauan Taman Perumahan BDC Stampin / Jaibi Dua ... [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Perjuangan untuk mencapai sesuatu matlamat yang tidak pula disertai dengan kemuafakatan tidak akan mendatangkan hasil yang kukuh. Begitu juga permuafakatan tanpa perjuangan untuk menyempumakan matlamat tidak akan menghasilkan apa-apa pun. Perjuangan yang disulami dengan permuafakatan akan membentuk satu sejarah yang utuh dan kukuh. Inilah benteng pertahanan yang dapat menepis budaya luar yang negatif iaitu yang mampu mengugat kestabilan negara dan keseragaman prinsip hidup masyarakat kita. Dengan adanya ledakan era teknologi maklumat dan komunikasi yang ada pada masa kini menjadi rebutan dan pengukur kemajuan serta kekuasaan sesebuah negara yang sedang giat memodenisasikan negara dan rakyatnya telah mengenepikan hal-hal yang berkaitan dengan permuafakatan dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Perkara yang berkaitan dengan keharmonian hidup khususnya tentang keutuhan institusi kekeluargaan telah menjadi seolah-olah perkara sampingan yang tidak dipentingkan sedangkan selaras dengan adat ketimuran keluargalah aspek paling utama di dalam pembangunan sesebuah negara kerana dengan adanya keutuhan dan kebahagian keluarga di kalangan masyarakat negara terbabit, maka sudah pastilah kemodenan yang dicari dan diperolehi akan menjadi suatu aset yang berharga dan berbaloi tanpa merugikan sesiapapun.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 78294.pdf]
Text
78294.pdf
Download (472kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan 2, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics