Penerimaan penjawat awam terhadap produk takaful: kajian di Daerah Petaling, Selangor / Khairul Azhar Meerangani dan Shafiqah Mad Zin

Meerangani, Khairul Azhar and Mad Zin, Shafiqah (2022) Penerimaan penjawat awam terhadap produk takaful: kajian di Daerah Petaling, Selangor / Khairul Azhar Meerangani dan Shafiqah Mad Zin. Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF), 4 (2). pp. 92-101. ISSN 2590-3942 (Submitted)

Official URL: http://www.cipsf.my/#

Abstract

Takaful merupakan produk berasaskan kebajikan yang menawarkan jaminan perlindungan sosial sesama masyarakat. Ia juga menjadi alternatif kepada penawaran produk insurans konvensional sedia ada dengan pematuhan kepada prinsip-prinsip kewangan Islam sebagaimana yang digariskan syarak. Setiap ahli menzahirkan komitmen menerusi sumbangan tetap bagi membantu mereka yang ditimpa bencana dan kesusahan. Namun begitu, masih ramai dalam kalangan masyarakat yang masih keliru serta memandang ringan kepentingan produk takaful ini. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis tahap penerimaan penjawat awam di daerah Petaling, Selangor terhadap produk berasaskan takaful. Kajian dijalankan secara kuantitatif menerusi reka bentuk tinjauan. Set soal selidik telah diedarkan kepada 40 orang penjawat awam yang berkhidmat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling. Dapatan seterusnya dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0 bagi merumuskan persoalan kajian yang ditetapkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa meskipun penjawat awam mempunyai asas pengetahuan yang baik berkaitan produk takaful, namun tahap penerimaan mereka terhadap produk ini masih di tahap sederhana dengan bacaan min (m=3.575). Beberapa faktor yang menyumbang kepada dapatan ini telah dikenal pasti, iaitu tahap komitmen keluarga, tahap kesedaran yang masih rendah serta pengurusan kewangan yang tidak sistematik. Justeru, pengendali takaful perlu memainkan peranan penting dalam menerapkan kefahaman serta menawarkan produk yang bersesuaian dalam menarik minat masyarakat awam.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Meerangani, Khairul Azhar
azharmeerangani@uitm.edu.my,
Mad Zin, Shafiqah
shafiqahmz@gmail.com
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Insurance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 92-101
Keywords: Takaful; Penjawat awam; Penerimaan; Kefahaman; Kebajikan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78168
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78168.pdf] Text
78168.pdf

Download (333kB)

ID Number

78168

Indexing

Statistic

Statistic details