Hubungan antara input pendidikan dan proses pendidikan dengan output pendidikan pelajar asnaf zakat: kajian kes di Maahad Dini Sultan Abdul Halim / Muhammad Saiful Islami Mohd Taher … [et al.]

Mohd Taher, Muhammad Saiful Islami and Bidin, Samsiah and Yusof, Siti Aisyah and Omar, Hapiza and Ahmad Fuad, Hanani (2022) Hubungan antara input pendidikan dan proses pendidikan dengan output pendidikan pelajar asnaf zakat: kajian kes di Maahad Dini Sultan Abdul Halim / Muhammad Saiful Islami Mohd Taher … [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF), 4 (2). pp. 45-52. ISSN 2590-3942 (Submitted)

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada ekuiti pendidikan pelajar asnaf di Maahad Dini Sultan Abdul Halim (MDSAH) yang dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Objektif kajian ini ialah adakah bantuan input pendidikan yang diberikan oleh LZNK kepada pelajar-pelajar asnaf zakat dan proses pendidikan yang dijalankan di MDSAH menyumbang kepada pencapaian output pendidikan pelajar asnaf zakat di MDSAH. Kajian ini dijalankan dengan cara pelajar-pelajar asnaf menjawab borang soal selidik secara atas talian. Responden yang terlibat adalah seramai 120 pelajar asnaf yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan tiga, empat dan lima di MDSAH di Alor Setar dan di MDSAH Sik, Kedah. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS versi 25 melalui dua kaedah statistik iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif digunakan bagi menganalisis data berkaitan maklumat diri pelajar. Manakala analisis inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara input pendidikan dan proses pendidikan dengan output pendidikan pelajar asnaf. Melalui kajian yang dilakukan ini, keberkesanan input bantuan zakat dan proses pendidikan dapat dikenalpasti oleh pihak LZNK bagi meningkatkan lagi pembiayaan zakat terhadap pelajar asnaf di negeri Kedah secara lebih efisien bagi mencapai ekuiti pendidikan kepada semua pelajar yang terlibat. Kajian ini juga menyerlahkan peranan zakat dalam membantu kerajaan ke arah mencapai ekuiti pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Taher, Muhammad Saiful Islami
msaiful0860@uitm.edu.my
Bidin, Samsiah
samsiah482@uitm.edu.my
Yusof, Siti Aisyah
aisyah421@uitm.edu.my
Omar, Hapiza
hapiz045@uitm.edu.my
Ahmad Fuad, Hanani
hanan5560@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 4
Number: 2
Page Range: pp. 45-52
Keywords: Ekuiti pendidikan; Input pendidikan; Proses pendidikan; Output pendidikan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78158
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78158.pdf] Text
78158.pdf

Download (336kB)

ID Number

78158

Indexing

Statistic

Statistic details