Perjuangan yang hampir mati / Wan Noorli Razali

Razali, Wan Noorli (2023) Perjuangan yang hampir mati / Wan Noorli Razali. eLingua, 2. ISSN 2600-7134
Abstract

Apa yang mahu ku nanti
Aku terbunuh jiwaku mati
Apakah sedar akan yang dicari
Yang dikejar bagaikan mimpi
Yang dikendong bercicir lari
Di mana perjuangan asal yang hakiki
Kita kini bagai pak turut, si buta pun diikut
Membiarkan nafas terjerut
Hanya sekadar saksi si tamak mengisi perut
Diyakini seluruh bumi milik kita
Ke mana pergi hendak diukir nama
Pada permukaannya gegak gempita
Namun isinya kosong tiada bermakna
Aku melihat wajah-wajah yang menjadi asbab
Pada perjuangan yang ku nekad
Kian hanyut jiwa yang disemat dengan indah dunia yang tiada tamat
Tiada lagi garisan antara hak dan batil
Asalkan kena semuanya dibedil
Adat budaya kian terhakis
Nilai agama dipandang sinis

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 78086.pdf]
Text
78086.pdf
Download (411kB)
Indexing & Metrics