Keberkesanan kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran prinsip perakaunan di sekolah menengah / Junaidah Jamaluddin …[et al.]

Jamaluddin, Junaidah and Mohd Din, Norlaila and Ahmad, Mohamad Azmi Nias and Abdul Jabar, Faizan and Mohamad Fadzillah, Nur Syazwani and Husin, Zuhariah (2016) Keberkesanan kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran prinsip perakaunan di sekolah menengah / Junaidah Jamaluddin …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Banyak kajian lalu telah membincangkan tentang penggunaan permainan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) sarna ada dalam bentuk digital atau fizikal seperti permainan papan, kad dan sebagainya. Secara umumnya, kajian-kajian tersebut telah membuktikan bahawa kaedah permainan memberikan kesan yang positif terhadap proses P&P. Namun begitu, hanya terdapat sedikit sahaja kajian yang mengkaji kesan kaedah permainan ke atas proses P&P subjek perakaunan, khususnya di peringkat sekolah menengah. Prinsip Perakaunan merupakan salah satu daripada subjek elektif yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Tinjauan secara rambang di sekolah-sekolah menengah Daerah Maran telah menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan adalah semakin berkurangan. Ini mungkin disebabkan bidang perakaunan itu sendiri melibatkan proses-proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang tinggi. Kaedah P&P secara konvensional juga mungkin menjadi penyebab utama kurangnya minat pelajar untuk mempelajari subjek Prinsip Perakaunan. Justeru itu, pengkaji telah memperkenalkan satu kaedah permainan yang dikenali sebagai Accounting on the Block (AOTB) sebagai alternatif kepada kaedah konvensional yang sering digunakan dalam proses P&P subjek Prinsip Perakaunan. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan permainan AOTB ke atas pencapaian pelajar dalam subjek tersebut. Untuk itu, satu eksperimen telah dijalankan ke atas 29 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 di sebuah sekolah menengah kluster kecemerlangan di Daerah Maran yang telah diperkenalkan dengan permainan perakaunan selama 3 jam. Ujian sebelum dan selepas permainan telah dilakukan bagi menilai kesan permainan perakaunan ke atas pencapaian skor pelajar. HasiJ kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dalam pencapaian ujian pelajar selepas aktiviti permainan berbanding sebelumnya.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamaluddin, Junaidah
junaidahjamal@pahang.uitm.edu.my
Mohd Din, Norlaila
noriiey@pahang.uitm.edu.my
Ahmad, Mohamad Azmi Nias
mohdazminias@pahang.uitm.edu.my
Abdul Jabar, Faizan
faizan@pahang.uitm.edu.my
Mohamad Fadzillah, Nur Syazwani
nsyazwani@pahang.uitm.edu.my
Husin, Zuhariah
zuhariah@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching
L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 53-57
Keywords: Kaedah permainan, pengajaran dan pembelajaran, prinsip perakaunan, sekolah menengah
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78053
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78053.pdf] Text
78053.pdf

Download (2MB)

ID Number

78053

Indexing

Statistic

Statistic details