Keberkesanan perlaksanaan program agrotourism di Sungai Sarang Buaya, mukim Sungai Balang, Muar sebagai tarikan pelancongan / Siti Zainah @ Suryani Salamat

Salamat, Siti Zainah @ Suryani (1997) Keberkesanan perlaksanaan program agrotourism di Sungai Sarang Buaya, mukim Sungai Balang, Muar sebagai tarikan pelancongan / Siti Zainah @ Suryani Salamat. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Pelancongan merupakan salah satu sektor perdagangan yang telah memberikan sumbangan yang besar ke atas peningkatan ekonomi negara. Menyedari akan hakikat ini, kerajaan telah menggiatkan usaha untuk meningkat dan mempelbagaikan sumberjaya pelancongan. Memandangkan Malaysia masih kaya dengan kehijauan kawasan pertanian, maka pelancongan pertanian adalah satu sektor pelancongan yang mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Pelancongan pertanian merupakan satu sektor yang masih baru dan konsep sebenamya adalah masih samar. Oleh itu sebagai menilai pembangunan Kawasan pelancongan pertanian, kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan perlaksanaan agrotourism (pelancongan pertanian) bagi menarik kedatangan pelancong dengan rujukan khas kepada Sungai Sarang Buaya dimana ianya merupakan salah satu kampung yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian Johor sebagai kawasan yang berpotensi bagi pembangunan pelancongan pertanian. Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Johor Barat mempunyai peranan yang penting dalam membangun dan mengusahakan Sungai Sarang Buaya sebagai kawasan agrotourism. Bagi menentukan keberkesanan perlaksanaan agrotourism di kawasan kajian, analisis dijalankan di dalam beberapa peringkat dimana pengukuran dibuat dengan melihat pencapaian perlaksanaannya dan juga mengenalpasti implikasi program dari aspek fizikal, sosial dan ekonomi penduduk di kawasan kajian. Seterusnya pengenalpastian masalah dilakukan untuk mendapatkan/mengenalpasti isu-isu yang berkaitan mengikut keutamaannya berdasarkan kaedah matrik perbandingan masalah. Hasil analisis menunjukkan perlaksanaan agrotourism di kawasan kajian tidak menunjukkan keberkesanannya, ini disebabkan oleh beberapa faktor tertentu seperti kurangnya penglibatan penduduk kampung, masalah kewangan, kurangnya penyediaan kemudahan awam di kawasan kajian dan sebagainya. Kawasan kajian pada dasarnya mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang sebagai pusat agrotourism, ini memandangkan faktor sumberjaya yang terdapat di kawasan kajian dimana hasil-hasil pertanian seperti kelapa sawit, padi, kelapa dan sebagainya menjadi sumber pendapatan utama penduduknya. Selain daripada itu, faktor lokasi juga menunjukkan aspek potensi bagi kawasan kajian untuk membangun sebagai kawasan agrotourism. Bagi memastikan cadangan yang disediakan seiring dengan dasar kerajaan yang berkaitan dan juga berdasarkan isu-isu yang telah dikenalpasti, pendekatan pembangunan dibentuk dengan menggariskan beberapa strategi jangka panjang dan cadangan aktiviti-aktiviti agrotourism yang lainnya. Tujuan utamanya adalah untuk mempertingkatkan lagi keupayaan program agrotourism di kawasan kajian agar dapat mencapai matlamat yang sebenarnya.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Salamat, Siti Zainah @ Suryani
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Talib, Rosmin
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Industri pelancongan, agrotourism, kemudahan awam
Date: 1997
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77884
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77884.pdf] Text
77884.pdf

Download (114kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

77884

Indexing

Statistic

Statistic details