Segmentasi saluran televisyen ke arah perpaduan antara kaum: kajian kes pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka / Nor Raihan Abu Bakar, Zuraidah Mohd Sulaiman dan Sharil Nizam Sha'ri

Abu Bakar, Nor Raihan and Mohd Sulaiman, Zuraidah and Sha'ri, Sharil Nizam (2011) Segmentasi saluran televisyen ke arah perpaduan antara kaum: kajian kes pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka / Nor Raihan Abu Bakar, Zuraidah Mohd Sulaiman dan Sharil Nizam Sha'ri. In: Across Borders. Division of Research, Industrial Linkages and Alumni, UiTM Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 58. ISBN 978-967-11354-1-9 (Submitted)

Abstract

Perpaduan nasional yang melibatkan penyatuan pelbagai kaum di Malaysia telah menjadi aspirasi dan hasrat kerajaan sejak tahun 1970-an lagi. Kini, dengan pengenalan gagasan 1Malaysia menjadikan matlamat perpaduan antara kaum sebagai agenda penting yang perlu dilestari secara menyeluruh oleh semua pihak termasuklah pihak media menerusi saluran televisyen sebagai wahana penyampaian maklumat. Walau bagaimanapun, usaha ke arah mempromosi perpaduan nasional ini dianggap tidak sejajar dengan objektif sebenar stesen- stesen televisyen swasta di Malaysia apabila pelaksanaan segmentasi saluran televisyen sekadar atau lebih kepada keperluan untuk memenuhi kehendak audien semata-mata. Apa yang jelas ialah, segmentasi yang berdasarkan kepada etnik kaum, peringkat umur, kecenderungan agama dan status ekonomi ini dianggap sebagai niche marketing (Ward, 2001), iaitu berorientasikan memberi tumpuan dan memenangi sasaran pasaran tertentu. Keadaan ini menyebabkan penonton-penonton televisyen berkecenderungan untuk memilih saluran-saluran yang sesuai dengan identiti, budaya, amalan dan gaya hidup etnik masing-masing sehingga mereka hampir tidak terdedah kepada gaya hidup dan budaya etnik lain. Dengan menggunakan kaedah deskriptif kualitatif terhadap 50 informan dalam kalangan pelajar Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, Melaka kajian ini memberi penekanan terhadap usaha mengkaji dan mengenal pasti sama ada segmentasi saluran televisyen swasta di Malaysia mengukuhkan jurang budaya antara kaum di Malaysia atau sebaliknya. Kajian juga dilakukan untuk mengenal pasti sama ada penggunaan bahasa ibunda etnik masing-masing di saluran televisyen tertentu menjejaskan usaha ke arah mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam satu bahasa, iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Akhimya, kajian ini mengusulkan strategi yang boleh dicadangkan untuk mempromosi dan menguatkan perpaduan nasional melalui segmentasi saluran televisyen.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Bakar, Nor Raihan
UNSPECIFIED
Mohd Sulaiman, Zuraidah
UNSPECIFIED
Sha'ri, Sharil Nizam
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Team Member
Omar, Roaimah
UNSPECIFIED
Team Member
Loh Er Fu, David
UNSPECIFIED
Team Member
Abu Bakar, Nor Raihan
UNSPECIFIED
Team Member
Gafar@Abd Ghaffar, Siti Zuraina
UNSPECIFIED
Team Member
Khamis, Muhamad Hanapi
UNSPECIFIED
Team Member
Sah Allam, Siti Nurshahidah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka
Page Range: p. 58
Keywords: Segmentasi; Saluran; Medium; Gagasan
Date: 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77648
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
77648.pdf

Download (3MB)

ID Number

77648

Indexing

Statistic

Statistic details