Biarkan dia berjaya / Ahmad Azman Mohamad Ramli

Mohamad Ramli, Ahmad Azman (2023) Biarkan dia berjaya / Ahmad Azman Mohamad Ramli. APB Rembau e-Bulletin, 11. pp. 28-29. ISSN 2682-776X
Abstract

Biarkan dia berjaya
Dia juga ingin mengecap hidup bahagia
Dia juga ingin bersemayam di puncak mahligai dunia
Gembirakah kita melihat dia sengsara?
Bukankan dia sebangsa, darah daging kita?
Biarkan dia berjaya
Sekiranya dia dicengkam sengsara derita
Membawa diri merajuk jiwa lara
Gembirakah kita mendengar esak rawannya?
Puaskah menyaksi ranap binasa mahligai bangsa mu juga?
Biarkan dia berjaya
Biarkan dia disanjung mulia gemilang cahaya
Umpama Syed Mokhtar Al-Bukhari usahawan ternama
Muhammad Muqharabbin penakluk puncak tertinggi di tujuh benua
Profesor Diraja Ungku Aziz ilmuan selamanya

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77636.pdf]
Text
77636.pdf
Download (604kB)
Indexing & Metrics