Remaja dan isu kesihatan mental, apa peranan kita? / Maizura Manshor and Efina Hamdan

Manshor, Maizura and Hamdan, Efina (2023) Remaja dan isu kesihatan mental, apa peranan kita? / Maizura Manshor and Efina Hamdan. APB Rembau e-Bulletin, 1. pp. 24-25. ISSN 2682-776X
Abstract

Pernah dengar keresahan melampau? Depresi? Skizofrenia? Bipolar? Semua nama-nama ini sangat dikenali kini terutamanya di kalangan remaja yang sedang meningkat dewasa. Semua ini adalah antara masalah kesihatan mental yang sedang popular di kalangan masyarakat kita. Ourbetterworld.org pernah membuat jangkaan yang pada tahun 2020, masalah kesihatan mental akan menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung. Satu kajian dari Kementerian Kesihatan mendapati yang satu daripada tiga rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas (29.2%) berhadapan dengan masalah kesihatan mental berbanding hanya 11.2% pada tahun 2006. Adakah ini terbukti benar? Kita telah memasuki 2023 sekarang dan hasil daripada penyelidikan kesihatan mental dan kesejahteraan yang dilakukan oleh Rakuten Insight Malaysia dan dilaporkan di dalam https://www.statista.com pada Mei 2022, daripada 8751 responden, 59% responden dari kalangan umur 16-24 tahun menghadapi gejala depresi atau keresahan melampau (anxiety).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77618.pdf]
Text
77618.pdf
Download (501kB)
Indexing & Metrics