Program kursus pengurusan surat rasmi dan memo berkualiti di UiTM / Ahmad Azman Mohamad Ramli

Mohamad Ramli, Ahmad Azman (2023) Program kursus pengurusan surat rasmi dan memo berkualiti di UiTM / Ahmad Azman Mohamad Ramli. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.

Abstract

Pada tarikh 10 Januari 2023, hari Selasa, bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 11.30 pagi, satu program kursus dalam talian yang bertajuk “Pengurusan Surat Rasmi dan Memo Berkualit” telah diadakan dengan jayanya. Kursus ini dianjurkan oleh Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Negeri Pahang. Moderator yang bertugas ialah Cik Norasyikin Binti Khairunnizam. Beliau adalah pelajar daripada Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang sedang menjalani Latihan industri selama enam bulan di perpustakaan tersebut. Melalui perlaksanaan kursus ini, penceramah telah berkongsi ilmu berkaitan amalan terbaik mengurus dokumen berbentuk surat rasmi dan memo yang bagus diguna pakai oleh setiap warga kerja di UiTM. Contoh perkara yang dibincang dalam kursus ini ialah amalan terbaik menerima surat yang dihantar oleh pihak luar ke pejabat, amalan terbaik menghantar surat kepada pihak luar, dan amalan terbaik mengguna memo di pejabat. Penceramah juga telah memberi peluang kepada para peserta kursus bertanya bagi mendapat penjelasan yang lebih terperinci tentang sesuatu perkara yang dibincang dalam kursus tersebut. Para peserta kursus yang hadir juga diberi kemudahan mendapat sijil digital penyertaan dan kehadiran mereka diambil kira untuk pengumpulan jam Latihan di UiTM.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Ramli, Ahmad Azman
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus
Journal or Publication Title: APB Rembau e-Bulletin
ISSN: 2682-776X
Keywords: pengurusan, surat rasmi, memo
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77607
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77607.pdf] Text
77607.pdf

Download (722kB)

ID Number

77607

Indexing

Statistic

Statistic details