Pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan negara-negara maju: suatu analisa / Suhaida Mohd Amin and Mohd Faizal P. Rameli

Mohd Amin, Suhaida and P. Rameli, Mohd Faizal (2011) Pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan negara-negara maju: suatu analisa / Suhaida Mohd Amin and Mohd Faizal P. Rameli. In: Across Borders. Division of Research, Industrial Linkages and Alumni, UiTM Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka, p. 25. ISBN 978-967-11354-1-9 (Submitted)
Abstract

Pelbagai usaha telah digerakkan oleh kerajaan untuk mencapai visi Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Sebagai asas pencapaian, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan sasaran utama yang perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Setelah 52 tahun merdeka, temyata Malaysia berjaya meningkatkan 144 kali ganda nilai KDNKnya. Selari dengan kejayaan meningkatkan nilai KDNK tersebut, pendapatan KDNK per kapita telah meningkat dan sumbangan setiap sektor utama dalam ekonomi turut menunjukkan perkembangan yang positif. Kertas ini akan meninjau pencapaian semasa KDNK Malaysia dan faktor-faktor yang berkait dengannya berbanding negara-negara lain yang telah dikategorikan sebagai negara maju. Selain itu, Korea Selatan dipilih sebagai 'benchmark' memandangkan negara tersebut merupakan negara Asia terkini yang tersenarai di bawah 'Organisation of Economic Co-operation and Development (OECD) 'pada tahun 1996. Informasi ini amat signifikan dengan keperluan mengetahui di mana kedudukan Malaysia pada hari ini memandangkan matlamat visi Malaysia sebuah Negara maju hanya tinggal 11 tahun sahaja lagi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
77404.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics