Panggung Negara: tujuan, matlamat dan sejauh manakah keberkesanannya ? Kes studi Orkestra Simfoni Kebangsaan / Nursaedah Said

Said, Nursaedah (1999) Panggung Negara: tujuan, matlamat dan sejauh manakah keberkesanannya ? Kes studi Orkestra Simfoni Kebangsaan / Nursaedah Said. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Tesis ini ditulis bertujuan untuk mengetahui sejauhmana peranan Panggung Negara dalam mengetengahkan muzik klasikal barat. Penulis melihatnya dari segi sambutan penonton terhadap konsert-konsert klasikal barat Orkestra Simfoni Kebangsaan, yang terletak di bawah naungan Unit Muzik, Panggung Negara. Secara tidak langsung juga tesis ini mungkin akan mendedahkan Panggung Negara serta Orkestra Simfoni Kebangsaan kepada pandangan umum. Penulis mengandaikan yang penonton-penonton yang datang menonton konsert-konsert klasikal barat kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar muzik ataupun bekas pelajar muzik secara formal serta penonton-penonton adalah merupakan 'peminat setia' Orkestra Simfoni Kebangsaan yang sering mengikuti tiap-tiap konsert yang diadakan oleh orkestra tersebut. Untuk mengetahui samada benar apa yang penulis telah andaikan, akan diadakan 2 kajiselidik berbentuk questionaire pada 2 konsert klasikal barat oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan, anjuran Panggung Negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77356.pdf]
Text
77356.pdf
Download (122kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics