Prosedur sebelum, semasa dan selepas mendapat tender projek Universiti Sains Malaysia / Muhammad Nashrul Hafizh Nazri

Hafizh Nazri, Muhammad Nashrul (2012) Prosedur sebelum, semasa dan selepas mendapat tender projek Universiti Sains Malaysia / Muhammad Nashrul Hafizh Nazri. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terbabit dalam proses sebelum, semasa dan selepas mendapatkan tender projek. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama lima bulan ditempatkan di syarikat kontraktor, Golden Sharar Sdn. Bhd. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Hasil pemerhatian mendapati proses sebelum, semasa dan selepas mendapatkan sesuatu tender projek adalah tidak semudah yang kita selalu sangkakan. la melibatkan banyak pihak dan proses yang memerlukan keprihatinan. Di dalam laporan ini, diterangkan secara lebih mendalam mengenai kaedah yang terlibat dalam proses sebelum, semasa dan selepas mendapatkan tender projek. Semasa proses mendapatkan tender, telah dikenalpasti beberapa masalah yang berkaitan dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Kesimpulannya, laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci tentang proses sebelum, semasa dan sebelum mendapatkan tender secara lebih praktikal kepada pembaca.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77210.pdf]
Text
77210.pdf
Download (15MB)
Indexing & Metrics