Kadar membina harga / Hazirah Alias

Alias, Hazirah (2009) Kadar membina harga / Hazirah Alias. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai proses dan kaedah yang digunapakai oleh juruukur bahan di Malaysia tentang Kadar Membina Harga. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di pejabat bahagian kontrak. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latarbelakang syarikat clan latarbelakang projek pembinaan. Sepanjang tempoh saya menjalani latihan praktikal di Bakti Insani Sdn. Bhd. ini ia merupakan sebuah syarikat kontraktor kelas A yang telah beroperasi hampir 25 tahun dari tahun 1984 hingga sekarang di Johor Bahru, di Kuala Lumpur dan juga di Terengganu. Dalam tempoh hampir 25 tahun itu pelbagai projek yang telah dilaksanakan oleh syarikat ini. Antaranya ialah Pembinaan Blok Hospital di Hospital Kota Tinggi, Pembinaan Sekolah Menengah di Kota Puteri 2, Pembinaan Dewan dan Makmal di Universiti Tun Hussein Onn. Projek ini merupakan projek yang terdahulu sekitar tahun 2000 hingga 2005. Kini, terdapat beberapa projek yang terbaru yang dijalankan oleh syarikat ini. Iaitu pembinaan terminal bas dan teksi di Kota Tinggi, Pembinaan Pusat Sains dan Kreativiti di Terengganu dan juga Projek Pembinaan Malaysian Marine and Heavy Engineering di Pasir Gudang. Hasil pemerhatian didapati bahawa membuat tuntutan bayaran bagi setiap kerja yang telah dilakukan oleh pihak subkontraktor mahupun syarikat itu sendiri adalah tidak semudah yang disangkakan.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Hazirah
2006120799
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ahmad, Hayroman
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Mohamed, Mohamed Rizal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Husin, Azamudin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: proses dan kaedah, kadar membina harga, juruukur bahan
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76903
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76903.pdf] Text
76903.pdf

Download (46MB)

ID Number

76903

Indexing

Statistic

Statistic details