Kerja-kerja membaikpulih kecacatan kemasan bangunan - satu kajian / Mohd Hazwan Hanip

Hanip, Mohd Hazwan (2007) Kerja-kerja membaikpulih kecacatan kemasan bangunan - satu kajian / Mohd Hazwan Hanip. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Kecacatan merupakan fenomena yang lazim berlaku di dalam industri pembinaan di Malaysia. Hampir kesemua projek perlu menghadapi permasalahan ini. Namun untuk mengatasi masalah ini bukanlah satu tugas yang mudah. Laporan ini menerangkan secara ringkas tentang permasalahan ini. Penerangan termasuklah definisi kecacatan, jenis-jenis kecacatan bangunan, faktor-faktor yang menyebabkan kecacatan bangunan, kepentingan membaiki kecacatan, tempoh masa kecacatan, pihak-pihak yang terlibat dalam pembaikan kecacatan, masalah yang dihadapi oleh kontraktor dan juga membincangkan mengenai isu-isu berkaitan kecacatan bangunan. Penerangan mengenai perkara-perkara berikut didedahkan secara ringkas dalam kajian teoritikal. Laporan ini turut memuatkan kajian yang dilakukan di kawasan kajian dimana matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis kecacatan yang kerap berlaku ke atas bangunan, punca kecacatan berlaku dan juga proses membaikpulih kecacatan yang kerap berlaku. Kaedah kajian bagi laporan ini merangkumi kajian teoritikal, temubual dengan personal yang terlibat dan pengumpulan data melalui borang kajian. Responden dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri pembinaan seperti kontraktor, perunding dan klien.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76902.pdf]
Text
76902.pdf
Download (47MB)
Indexing & Metrics