Kelewatan dan tempoh lanjutan masa bagi projek pembinaan kompleks gerai empat tingkat / Noorita Mohd Zainal

Mohd Zainal, Noorita (2007) Kelewatan dan tempoh lanjutan masa bagi projek pembinaan kompleks gerai empat tingkat / Noorita Mohd Zainal. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Kelewatan dalam pembinaan merupakan suatu masalah biasa dan dialami oleh kebanyakan projek pembinaan. Sistem pengurusan yang teratur dan sistematik diperlukan bagi memastikan perjalanan projek dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bagi mengelakkan daripada dikenakan denda ataupun LAD (liquidated ascertain damages), pihak kontraktor biasanya akan memohon tempoh lanjutan masa. Laporan ini ditulis berdasarkan pengalaman menjalani latihan praktikal selama enam bulan di Syarikat Temurun Dinamik Sdn Bhd dan telah ditempatkan di tapak bina iaitu projek Cadangan Pembinaan 4 Tingkat Kompleks Gerai Berkonsepkan Ala Pekan Rabu di Langkawi, Kedah Darul Aman. Laporan ini secara teoritikalnya menerangkan mengenai kategori-kategori kelewatan yang sering dialami di dalam pembinaan iaitu kelewatan berdasarkan kebolehtuntuan dan juga kelewatan berdasarkan tempoh masa. Selain itu, ada juga diterangkan mengenai borang-borang kontrak standard binaan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di mana di dalamnya terdapat fasal-fasal mengenai kelewatan dan lanjutan masa. Borang JKR adalah untuk projek-projek pembinaan milik kerajaan manakala PAM pula untuk projek swasta. Projek pembinaan kompleks empat tingkat ini menggunakan borang kontrak JKR kerana projek ini merupakan milik kerajaan. Selain itu ada juga diterangkan mengenai prosedur-prosedur yang terlibat untuk memohon lanjutan masa.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Zainal, Noorita
2005434657
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Ahmad, Suryani
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Yahaya, Noor Azam
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Othman, Mohamad Hamdan
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: kelewatan, tempoh lanjutan masa, projek pembinaan kompleks
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76864
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76864.pdf] Text
76864.pdf

Download (60MB)

ID Number

76864

Indexing

Statistic

Statistic details