Perlaksanaan kerja-kerja audit dalaman dalam sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2000 / Norhanizah Abd Rashid

Abd Rashid, Norhanizah (2009) Perlaksanaan kerja-kerja audit dalaman dalam sistem pengurusan kualiti ISO 9001:2000 / Norhanizah Abd Rashid. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai international organisation for standardisation (ISO). Sektor pembinaan biasa difahami dengan sistem pengurusannya yang kurang cekap. Ini berpunca daripada penglibatan kertas kerja yang banyak dalam sektor pembinaan untuk menukarkan maklumat mentah kepada maklumat yang memanfaatkan kerja pembinaan. Sistem perolehan merupakan peringkat terawal sebelum permulaan sesuatu kerja pembinaan dan sebab itu, ia adalah sangat penting untuk mempunyai suatu proses perolehan piawai dan juga borang semakan piawai untuk mencapai keberkesanan dalam kerja perolehan rasmi. Dalam industri pembinaan tempatan, aplikasi piawaian ISO telah menjadi satu aliran biasa di kalangan organisasi. Ini menunjukkan satu tanda peningkatan kesedaran dalam isu pengurusan kualiti. Mengikut analisis, implementasi sistem pengurusan kualiti telah menunjukkan keberkesanan yang amat ketara dalam meningkatkan produktiviti dalam kerja harian, mengurangkan pembaziran dan juga mencapai kepuasan pelanggan. Walaubagaimanapun, aplikasi piawaian ISO dalam bidang pembinaan tempatan masih merupakan satu isu yang sentiasa dipertikaikan terutamanya dari segi kesesuaiannya dan keberkesanannya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76859.pdf]
Text
76859.pdf
Download (36MB)
Indexing & Metrics