Proses tender rundingan - projek jalan di Kepala Batas, Pulau Pinang / Norhayati Mohd Arom

Mohd Arom, Norhayati (2009) Proses tender rundingan - projek jalan di Kepala Batas, Pulau Pinang / Norhayati Mohd Arom. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses-proses tender yang terlibat dalam pembinaan jalan. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman saya selama enam bulan ditempatkan di syarikat dan tapak projek pembinaan jalan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang projek pembinaan. Hasil pemerhatian mendapati bahawa pembinaan sesebuah jalan adalah tidak semudah yang disangkakan. Ia melibatkan banyak pihak dan proses pembinaan yang rumit. Di dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi proses-proses tender dan jenis-jenis tender. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai jenis tender yang terlibat dan digunapakai dalam projek pembinaan jalan serta diikuti pula dengan proses tender yang dirancangkan. Sebelum menjalankan projek, pihak klien perlu menghantar surat kepada kontraktor tertentu bagi tujuan untuk menjemput kontraktor tersebut membuat rangka kerja dan anggaran kos bagi projek yang dirancangkan. Selain itu, semasa rundingan dibuat akan terdapat beberapa masalah yang berkaitan dengan proses-proses tender. Laporan ini akan disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan setiap masalah yang dikenalpasti. Sebagai kesimpulannya, diharapkan agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci dan berguna kepada para pembaca mengenai proses-proses tender dijalankan secara pratikal dan teratur.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Arom, Norhayati
2006121123
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Mohamed, Mohamed Rizal
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: proses tender rundingan, syarikat, tapak projek pembinaan jalan
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76858
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76858.pdf] Text
76858.pdf

Download (51MB)

ID Number

76858

Indexing

Statistic

Statistic details