Kajian amalan keselamatan di tapak bina / Wan Nurlaila Ramlee

Ramlee, Wan Nurlaila (2007) Kajian amalan keselamatan di tapak bina / Wan Nurlaila Ramlee. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Industri pembinaan bergerak seiring perkembangan ekonomi negara yang meningkat maju dari masa ke semasa. Sejajar industri pembinaan, keselamatan merupakan faktor yang sangat penting dalam melancarkan industri pembinaan ini di Malaysia. Keselamatan di tapak bina bermaksud menjalankan aktiviti pembinaan dengan suasana kerja yang selamat dan baik. Melalui penilaian amalan keselamatan di tapak bina dapat memastikan kepentingan menjaga keselamatan di tapak bina akan melahirkan suasana kerja yang selamat. Selain itu, asas keselamatan yang baik di tapak bina, juga akan memberi satu keadaan yang selamat. Justeru itu, tugas dan peranan setiap pihak yang terlibat dalam aspek keselamatan di tapak bina, faktor-faktor penyebab berlakunya kemalangan di tapak bina dan akta, peraturan serta undang-undang berkaitan keselamatan di tapak bina dapat dikenalpasti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76852.pdf]
Text
76852.pdf
Download (59MB)
Indexing & Metrics