Wacana kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-9: analisis kaedah retorik / Farah Hanini Abdul Rahman, Midiyana Mohamad dan Saliza Ismail

Abdul Rahman, Farah Hanini and Mohamad, Midiyana and Ismail, Saliza (2022) Wacana kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-9: analisis kaedah retorik / Farah Hanini Abdul Rahman, Midiyana Mohamad dan Saliza Ismail. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL), 6 (4): 3. pp. 38-56. ISSN 2600-7266

Abstract

Kajian ini meneliti kaedah retorik dalam wacana ucapan Perdana Menteri Malaysia Ke-9, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi program Keluarga Malaysia. Kaedah retorik merupakan cara pengucap merayu atau mempengaruhi audiens bagi mendapatkan sokongan. Dalam kajian ini, sokongan yang dimaksudkan ialah sokongan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan pengucap menerusi program tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta menganalisis kaedah retorik pathos, logos dan ethos dalam wacana ucapan program Keluarga Malaysia. Data kajian yang digunakan ialah wacana ucapan pelancaran program Keluarga Malaysia, yang disampaikan pada 21 Oktober 2021 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching Sarawak. Pendekatan kajian kualitatif diaplikasi dalam kajian ini manakala kaedah kajian ialah analisis kandungan. Data kajian dianalisis berdasarkan Teori Kaedah Aristotle pathos, logos dan ethos. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga kaedah retorik pathos, logos dan ethos digunakan dalam wacana ucapan Keluarga Malaysia. Ciri yang paling dominan digunakan dalam wacana ini ialah pathos, diikuti logos dan yang paling sedikit penggunaannya ialah ethos. Menerusi kaedah pathos, rayuan emosi melalui analogi, rasa kekitaan, mahupun penceritaan diaplikasikan untuk merayu audiens, manakala logos digunakan oleh pengucap dengan memetik sumber statistik laporan dan contoh. Seterusnya kaedah ethos ditunjukkan melalui pemaparan karakter dan kredibilitinya sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan mempunyai sikap kebersamaan membela nasib rakyat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Farah Hanini
farahhanini@uitm.edu.my
Mohamad, Midiyana
midiy165@uitm.edu.my
Ismail, Saliza
salizai@uitm.edu.my
Subjects: L Education > LA History of education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL)
ISSN: 2600-7266
Volume: 6
Number: 4
Page Range: pp. 38-56
Keywords: Kaedah retorik, wacana kepimpinan, ethos, pathos, logos
Date: December 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76848
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76848.pdf] Text
76848.pdf

Download (327kB)

ID Number

76848

Indexing

Statistic

Statistic details