Analisis pembangunan wakaf infrastruktur dalam pembangunan hartanah wakaf di Malaysia / Hikmah Abd Rahim

Abd Rahim, Hikmah (2022) Analisis pembangunan wakaf infrastruktur dalam pembangunan hartanah wakaf di Malaysia / Hikmah Abd Rahim. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Wakaf merupakan medium untuk memperkasakan ekonomi ummah. Pembangunan wakaf merupakan suatu yang penting dalam mengatasi banyak tanah-tanah wakaf yang terbiar dan belum dibangunkan. Tanah-tanah yang diwakafkan berpotensi untuk dibangunkan melalui pelaksanaan wakaf infrastruktur. Pembangunan wakaf infrastruktur dalam pembangunan hartanah wakaf di Malaysia sudah mula berkembang maju sesuai dengan perkembangan masa kini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep dan pemahaman wakaf infrastruktur menurut perspektif Islam yang menjadi asas kepada pelaksanaan instrumen wakaf. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis kaedah pentadbiran dan pengurusan institusi wakaf di Malaysia dalam membangunkan harta wakaf khususnya melibatkan wakaf infrastruktur. Pembangunan wakaf infrastruktur yang sesuai untuk dilaksanakan oleh institusi institusi wakaf di seluruh Malaysia juga akan dicadangkan. Kajian ini menggunakan metodologi pengumpulan data melalui kaedah kajian perpustakaan, kajian lapangan dan kajian dokumentasi. Data dan maklumat dianalisis menggunakan metode induktif, metode deduktif dan metode komparatif. Hasil daripada kajian mendapati wakaf infrastruktur telah dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW, sesuai dilaksanakan pada masa kini serta mampu menjadi garis panduan dalam pelaksanaan wakaf dalam konteks semasa. Kajian juga mendapati kaedah pentadbiran dan pengurusan institusi wakaf adalah berbeza mengikut negeri antaranya dalam urusan pelantikan nazir khas, pelaksanaan pembangunan secara usahasama, dan inisiatif mengadakan pelbagai pertemuan untuk berbincang dan merangka pelan pembangunan bersama agensi agensi lain yang berkaitan. Hasil daripada kajian ini boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak pentadbiran dan pengurusan institusi wakaf di seluruh negara bagi merancakkan lagi pembangunan wakaf, khususnya melibatkan pembangunan wakaf infrastruktur di Malaysia

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rahim, Hikmah
2019295272
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Yaakob, Mohd Ashrof Zaki
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Wakaf, hartanah, Malaysia
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76832
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76832.pdf] Text
76832.pdf

Download (159kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

76832

Indexing

Statistic

Statistic details