Pengurusan pembelian bahan binaan / Noor Zakiah Khairuzzaman

Khairuzzaman, Noor Zakiah (2007) Pengurusan pembelian bahan binaan / Noor Zakiah Khairuzzaman. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Pengurusan prembelian bahan binaan perlu dititikberatkan oleh semua organisasi binaan. Pengurusan bahan-bahan binaan yang efektif clan proaktif memerlukan individu yang menguruskan bahan-bahan binaan secara sistematik dan strategik merangkumi beberapa kaedah dan tindakan yang perlu diambil. Laporan ini memaparkan pengurusan bahan berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian di Pejabat pengurusan di syarikat pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Syarikat pembinaan tersebut dikenali sebagai Syarikat Rimba Rata Sdn. Bhd. yang merupakan Kontraktor 100% Bumiputera dan Kontraktor Kelas A dan antara projek yang giat dijalankan dan diberi peluang untuk melibatkan diri adalah Kajian dan Cadangan Kerja-Kerja Pembaikan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor. Pengurusan bahan semasa proses pembinaan bangunan dijalankan adalah tidak semudah yang disangkakan. Ia melibatkan banyak pihak dan proses pembinaan yang rumit. Di dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi aspek-aspek yan berkaitan dengan proses pengurusan bahan. Kajian ini juga merangkumi proses pengurusan daripada pejabat sehingga bahan binaan sampai ke tapak projek binaan. Semasa proses pengurusan sedang dijalankan, beberapa masalah-masalah dan cara-cara mengatasi yang berkaitan dengan bahan-bahan binaan dapat dikenalpasti. Seterusnya, beberapa cadangan telah dikemukakan di dalam laporan ini yang boleh dijadikan sebagai panduan. Kesimpulannya, di setiap organisasi binaan atau kontraktor perlu menitikberatkan Pengurusan Pembelian Bahan Binaan di Pejabat Utama supaya segala kesulitan, pembaziran clan kelemahan dapat dikenalpasti dan diatasi.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Khairuzzaman, Noor Zakiah
2005434776
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Yahaya, Noor Azam
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Othman, Mohammad Hamdan
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: pengurusan pembelian, bahan binaan, kajian teoritikal
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76754
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76754.pdf] Text
76754.pdf

Download (81MB)

ID Number

76754

Indexing

Statistic

Statistic details