Perspektif masyarakat kampung terhadap permasalahan minum arak di kalangan remaja Kampung Seberang (Boyan, Gersik, Suorbaya, dan Panglima Seman) Kuching, Sarawak / Nurul Khairiah Khalid, Abdul Razak Abdul Kadir and Ummi Syarah Ismail

Khalid, Nurul Khairiah and Abdul Kadir, Abdul Razak and Ismail, Ummi Syarah (2010) Perspektif masyarakat kampung terhadap permasalahan minum arak di kalangan remaja Kampung Seberang (Boyan, Gersik, Suorbaya, dan Panglima Seman) Kuching, Sarawak / Nurul Khairiah Khalid, Abdul Razak Abdul Kadir and Ummi Syarah Ismail. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti perspektif masyarakat Kampung Seberang terhadap permasalahan minum arak di kampung tersebut. Kajian ini penting kerana fenomena minum arak ini memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang serta mengundang pelbagai masalah kepada individu dan masyarakat Perspektif masyarakat terhadap permasalahan ini dapat menentukan sejauh mana seriusnya masalah ini serta tahap kerjasama yang akan diberikan oleh masyarakat kampung bagi menangani fenomena minum arak di kampung mereka. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data secara deskriptif. Hasil kajian mendapati ialah sikap boleh dibahagikan kepada dua iaitu sikap positif (menolak gejala minum arak di kampung Seberang) dan sikap negatif (menerimanya). Dapatan kajian mendapati terdapat konsistensi responden terhadap penolakan gejala minum arak di kampung Seberang. Tindakan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu pasif, aktif dan proaktif. Responden tidak bersetuju (menolak) tindakan pasif dan bersetuju untuk tindakan aktif. Ironisnya responden tidak berani untuk tindakan proaktif dan mengharapkan pihak ketiga untuk melaksanakannya. Manakala harapan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kepada peminum arak dan pihak berkuasa. Harapan kepada peminum arak agar dapat melakukan perubahan dan tindakan positif (berubah). Manakala harapan kepada pihak berkuasa dapat melakukan sebarang perubahan positif untuk menyelesaikan masalah arak di kampung seberang. Penyelesaian menyelesaikan masalah arak di kalangan belia Kampung Seberang perlu kepada tindakan yang efektif oleh pihak luar (berwajib).

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Khalid, Nurul Khairiah
UNSPECIFIED
Abdul Kadir, Abdul Razak
UNSPECIFIED
Ismail, Ummi Syarah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Urban groups. The city. Urban sociology
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Neighborhoods
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Research Management Institute (RMI)
Keywords: Perspektif, permasalahan, minum arak, Kampung Seberang
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76406
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76406.pdf] Text
76406.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

76406

Indexing

Statistic

Statistic details