Hubungan antara pola komunikasi keluarga dan ketagihan internet dalam kalangan remaja / Zaridah Abdullah@Dollah, Roslan Lateh and Faizah Din

Abdullah@Dollah, Zaridah and Lateh, Roslan and Din, Faizah (2011) Hubungan antara pola komunikasi keluarga dan ketagihan internet dalam kalangan remaja / Zaridah Abdullah@Dollah, Roslan Lateh and Faizah Din. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Komunikasi keluarga terutamanya antara ibu dan bapa dengan anak-anak merupakan faktor utama yang menentukan kebajikan dan masa hadapan anak-anak. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada orientasi keakuran dan perbualan dalam pola komunikasi keluarga mempunyai kaitan dengan masalah ketagihan Internet dalam kalangan remaja. Seramai 300 orang remaja di sekitar Lembah Klang telah dipilih melalui persampelan berkelompok.
Hasil kajian mendapati majoriti daripada remaja di Lembah Klang mengalami tahap ketagihan Internet yang tinggi. Kajian juga mendapati majoriti daripada keluarga remaja mengamalkan tipologi laissez faire (rendah pada kedua-dua orientasi perbualan dan keakuran) dan diikuti oleh keluarga konsensual (tinggi kedua-dua oreintasi perbualan dan keakuran). Hasil kajian turut menunjukkan remaja yang datang daripada keluarga yang mengamalkan tipologi protektif paling tinggi ketagihan menggunakan Internet. Dapatan kajian tersebut turut disokong dengan ujian korelasi Pearson yang menunjukkan wujudnya perkaitan yang positif antara orientasi keakuran dengan ketagihan menggunakan Internet dalam kalangan remaja. Waiau bagaimanapun, tidak terdapat perkaitan antara orientasi perbualan dengan ketagihan Internet.
Justeru ibu bapa disarankan untuk mengurangkan praktik orientasi keakuran dengan anak-anak kerana anak-anak akan rasa tertekan. Fenomena ini akan menyebabkan mereka terlalu bergantung kepada Internet sehingga akhirnya ketagih melayari Internet. !bu bapa sepatutnya lebih bersikap terbuka dengan menggunakan pendekatan orientasi perbualan yang tinggi ketika bersama anak-anak.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah@Dollah, Zaridah
UNSPECIFIED
Lateh, Roslan
UNSPECIFIED
Din, Faizah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hashim, Adnan
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Families. Family relationships. Family structure
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Children. Child development > Internet and children
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Keywords: Komunikasi, keluarga, internet, remaja
Date: February 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/75677
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 75677.pdf] Text
75677.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

75677

Indexing

Statistic

Statistic details