Kajian awal permasalahan persepadanan Negeri Kedah / Perlis kawasan muara Sungai Sanglang / Md. Aris Ismail and Khairil Afendi Hashim

Ismail, Md. Aris and Hashim, Khairil Afendi (2003) Kajian awal permasalahan persepadanan Negeri Kedah / Perlis kawasan muara Sungai Sanglang / Md. Aris Ismail and Khairil Afendi Hashim. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Garis persempadan tanah atau wilayah adalah suatu isu yang penting dalam kehidupan bermasyarakat atau bernegara. Kepentingan nya mempengaruhi isu-isu sensitif dalam aspek sosial, politik, ekonomi, penguatkuasaan, dan lebih utama terhadap nilai kedaulatan yang harus ditanggung. Permasalahan persempadan pada kebiasaannya ditangani di meja rundingan. Adakala nya di putuskan oleh pihak mahkamah, dan yang lebih tragik jika permasalahan diselesaikan di medan pertempuran. Persempadan yang jelas dan nyata membolehkan suatu kawasan atau wilayah ditadbir dan dimajukan secara terancang. Kawasan atau wilayah yang tidak jelas garis persempadan, kebiasaanya terbiar dan dilupakan daripada arus pembangunan. Situasi inilah yang sedang berlaku ke atas kawasan muara Sungai Sanglang iaitu Pekan Kuala Sanglang, Pedis dan Kampong Kuala Sanglang, Kedah. Matlamat kajian adalah bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri mengenalpasti permasalahan sebenar persempadanan negeri di muara Sungai Sanglang. Metodologi kajian telah membuktikan terdapat perubahan kedudukan muara Sungai Sanglang sebagai mercu tanda persempadan semulajadi. Hasil ukur-kaji tapak di dokumentasikan secara sahih dalam bentuk plan skala besar bagi membolehkan kajian lanjut dilaksanakan. Kajian awal ini telah mengemukakan tiga kaedah penyelesaian persempadanan berdasarkan penilaian secara objektif dan subjektif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 74306.pdf]
Text
74306.pdf
Download (118kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics