Motivasi pencapaian dan personaliti dalaman-luaran pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA Perak / Othman Md. Yunus, Mohmad Derus and Mohd Shatari Abd. Ghafar

Md. Yunus, Othman and Derus, Mohmad and Abd. Ghafar, Mohd Shatari (2007) Motivasi pencapaian dan personaliti dalaman-luaran pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA Perak / Othman Md. Yunus, Mohmad Derus and Mohd Shatari Abd. Ghafar. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat aras motivasi pencapaian afektif dan kognitif pelajarpelajar UiTM Perak secara keseluruhan, mengikut program pengajian, dan berdasarkan kepada prestasi akademik mereka. Kajian ini turut melihat aras personaliti-dalaman yang dimiliki oleh pelajar-pelajar UiTM Perak secara keseluruhan, mengikut program pengajian dan juga berdasarkan kepada prestasi akademik mereka. Turut dilihat dalam kajian ini adalah sama ada faktor-faktor demograf seperti pendapatan ibubapa, lokasi kediaman, jantina, status perkahwinan ibubapa dan, jenis pekerjaan ibubapa mempunyai hubungan dengan motivasi pencapaian dan personaliti dalaman pelajar-pelajar UiTM Perak. Kajian ini juga melihat perbezaan faktor-faktor stabiliti yang diatribusikan oleh responden kepada jangkaan kejayaan mereka. Kajian telah dijalankan di Universiti Teknologi MARA Perak, kampus Seri Iskandar. Seramai 229 responden telah menyertai kajian ini dengan menjawab tiga set soal selidik yang piawai iaitu 'Mehrabian Achievement Scale'(MAS) untuk mengukur motivasi pencapaian dari aspek afektif sementara 'Self-Description Questionnaires' (SDQ) digunakan untuk mengukur motivasi pencapaian dari aspek kognitif. 'Rotter I-E Scale' (RIES) pula digunakan bagi mengukur personaliti dalaman-luaran (internals-externals) responden iaitu sama ada responden memiliki personaliti-dalaman atau personaliti-luaran. Data kajian telah dianalisis menggunakan ujian t dan ujian Khi Kuasa Dua (X).

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md. Yunus, Othman
UNSPECIFIED
Derus, Mohmad
UNSPECIFIED
Abd. Ghafar, Mohd Shatari
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Keywords: UiTM, personaliti, dalaman-luaran
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74292
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74292.pdf] Text
74292.pdf

Download (3MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

74292

Indexing

Statistic

Statistic details