Pengalaman menyertai ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi di Sungai Menyala / Lili Syahani Rusli and Dr Nor’aishah Abu Shah

Rusli, Lili Syahani and Abu Shah, Nor’aishah (2023) Pengalaman menyertai ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi di Sungai Menyala / Lili Syahani Rusli and Dr Nor’aishah Abu Shah. Epitome of Nature (EON) (7). ISSN 2773-5869

Abstract

Mendengar sahaja ada ruang untuk turut serta dalam Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan, kumpulan kami tidak melepaskan peluang tersebut. Ekspedisi yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 2 hingga 6 Oktober 2022 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus itu diadakan di Hutan Simpan Sungai Menyala atau lebih dikenali sebagai PD Forest Sungai Menyala. Hutan ini unik kerana ia merupakan Hutan Dipterokap Tanah Pamah yang berada di persisiran pantai Semenanjung Malaysia. 15% daripada keluasan seluruh 1280 hektar hutan ini merupakan kawasan berpaya. Ekspedisi kali ini diketuai oleh Professor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad serta beberapa kumpulan penyelidik daripada UKM, USM, UPM, UM serta UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, dek kekangan masa, kumpulan penyelidikan kami hanya sempat menyertai ekspedisi ini bermula pada sebelah petang 3 Oktober sehingga 4 Oktober sahaja. Program Ekspedisi bagi kumpulan kami dibantu oleh Encik Zamani, seorang renjer Jabatan Perhutanan Negeri. Program pada sebelah pagi ditunda untuk bermula agak lewat sedikit kerana cuaca hujan dan tidak mengizinkan. Setelah hujan reda, kumpulan kami mula menjelajah Denai Warisan dan Denai Razani. Pada sebelah petang, kami meneroka pula Denai 1 dan Denai 2. Laluan Denai Warisan dan Denai Razani mempunyai tahap kesukaran yang agak mudah kerana denai-denai ini adalah laluan utama bagi kebanyakan aktiviti yang dilakukan di sini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rusli, Lili Syahani
UNSPECIFIED
Abu Shah, Nor’aishah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Recreational areas and facilities. Recreation centers
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Number: 7
Keywords: Saintifik, biologi, Sungai Menyala, UKM, USM, UPM, UM, UiTM
Date: January 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74276
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74276.pdf] Text
74276.pdf

Download (3MB)

ID Number

74276

Indexing

Statistic

Statistic details