Tahap dan pola interaksi di antara orientasi keusahawanan dan kemahiran proses sains di kalangan pelajar sains: persediaan ke arah era globalisasi / Nor Aishah Buang, Lilia Halim and Khalijah Mohd Salleh

Buang, Nor Aishah and Halim, Lilia and Mohd Salleh, Khalijah (2002) Tahap dan pola interaksi di antara orientasi keusahawanan dan kemahiran proses sains di kalangan pelajar sains: persediaan ke arah era globalisasi / Nor Aishah Buang, Lilia Halim and Khalijah Mohd Salleh. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Peralihan daripada ekonomi berasaskan barangan (p-ekonomi) kepada ekonomi berasaskan ilmu (k ekonomi) pasti berlaku bagi sesebuah negara dalam era globalisasi ini. Implikasi daripada perubahan ini ialah kekayaan sesebuah negara bergantung kepada penjanaan pengetahuan yang inovatif dan kreatif agar dapat menghasilkan barangan yang dapat menandingi produk di pasaran global. Maka pendidikan Sains dan Teknologi perlu tumpu kepada pembentukan kekreativitian dan berkemahiran kognitif yang tinggi. Satu pendekatan pendidikan Sains dan Teknologi yang dapat menyediakan sumber manusia sedemikian adalah dengan memupuk kekreativitian saintifik dan inovatif yang berteraskan keusahawanan di kalangan pelajar sains. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap dan corak interaksi di antara tahap kemahiran proses sains dan orientasi keusahwanan di kalangan pelajar sains. Seramai 58 responden telah menjawab soal selidik. Secara keseluruhan responden mempunyai tahap kemahiran proses sains yang sederhana dan orientasi keusahawanan yang positif. Namun demikian, kebanyakan responden berada pada gabungan interaksi kumpulan kemahiran proses sains yang rendah tetapi mempunyai orientasi keusahawanan yang positif. Implikasi terhadap pola interaksi turut dibincangkan dalam kertas kerja ini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Buang, Nor Aishah
UNSPECIFIED
Halim, Lilia
UNSPECIFIED
Mohd Salleh, Khalijah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 2
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 226-230
Keywords: Kemahiran proses sains, orientasi keusahawanan, pendidikan sains dan globalisasi
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74265
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74265.pdf] Text
74265.pdf

Download (3MB)

ID Number

74265

Indexing

Statistic

Statistic details