Tinta alumni - kenangan yang mendewasakan / Aliif Ihsaan Akmal Shukri

Akmal Shukri, Aliif Ihsaan (2023) Tinta alumni - kenangan yang mendewasakan / Aliif Ihsaan Akmal Shukri. Epitome of Nature (EON) (7). ISSN 2773-5869

Abstract

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam UiTM dihatiku… Syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas kurniaan masa dan ilham untuk saya kongsikan sebuah pengalaman emas di UiTM Kuala Pilah. Pertama sekali, sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Ts. Faikah Ismail atas kesudian beliau mempelawa saya bagi sesi perkongsian ini. Tidak dilupakan juga kepada barisan pensyarah, staf dan editor majalah ini yang sentiasa bertungkus-lumus untuk menghimpunkan segenap pengalaman para alumni. Semoga untaian pengalaman ini menjadi inspirasi buat warga UiTM Kuala Pilah, khususnya adik-adik yang sedang bertarung minda di dewan kuliah. Saya, Aliif Ihsaan Bin Akmal Shukri, bekas pelajar Diploma Mikrobiologi (2013-2016) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Biologi (2016-2019) di UiTM Kuala Pilah. Jika diikutkan, saya sudah terbiasa dengan suasana damai Kuala Pilah semenjak saya belajar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar bermula pada tahun 2008. 14 tahun berlalu, kini saya masih lagi setia menuntut ilmu sebagai seorang pelajar Sarjana di bumi Kuala Pilah. Kata pepatah; tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Setiap tawa dan air mata yang saya lalui masih kekal sebagai memori terindah yang tidak akan saya lupakan. Sebagai seorang pelajar yang sukakan suasana hijau dan damai, saya jatuh cinta dengan UiTM Kuala Pilah sewaktu kali pertama saya melangkah sebagai pelajar Diploma. Mungkin daripada perspektif pelajar biasa, UiTM Kuala Pilah hanyalah sebuah kampus yang terpencil di tengah-tengah hutandan desa, jauh daripada keseronokan hidup di bandar. Namun, jika ditanya kepada majoriti alumni UiTM Kuala Pilah, kampus ini ada keunikannya yang tersendiri yang tiada tolok bandingnya. Kalau hendak diceritakan, terlalu banyak kebahagiaan yang kami alami.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Akmal Shukri, Aliif Ihsaan
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Number: 7
Keywords: Alumni, kenangan, UiTM, Kuala Pilah, Diploma Mikrobiologi
Date: January 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74260
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74260.pdf] Text
74260.pdf

Download (2MB)

ID Number

74260

Indexing

Statistic

Statistic details