Masyarakat sivil di Malaysia: isu & cabaran / Makmor Tumin, Mazlan Che Soh and Sharifah Hayaati Syed Ismail

Tumin, Makmor and Che Soh, Mazlan and Syed Ismail, Sharifah Hayaati (2022) Masyarakat sivil di Malaysia: isu & cabaran / Makmor Tumin, Mazlan Che Soh and Sharifah Hayaati Syed Ismail. UiTM Press, Shah Alam, Selangor. ISBN 9789673638550

Abstract

Apakah sebenarnya yang boleh diterima sebagai sebuah masyarakat yang sivil atau yang bertamadun? Soalan ini mengandungi dimensi falsafah dan agama, di samping lapis kewajaran praktikalitinya. Ketika ahli falsafah Greek seperti Aristotle mengemukakan konsep masyarakat sivil yang pada ketika itu difahami sebagai koinonia politike, mereka percaya bahawa adanya hukum sejagat di alam metafizik (alam ghaib) yang sewajarnya menjadi matlamat (telos) kehidupan manusia, iaitu matlamat kehidupan etika unggul. Manusia yang diberikan kekuatan akal atau rasional wajar menggunakan kelebihan berkenaan bagi tujuan mencapai matlamat kehidupan yang unggul. Kemudiannya, sesudah kira-kira lebih 1600 tahun, dengan adanya perkembangan falsafah moden, khususnya melalui gerakan liberalisme yang dimulakan oleh Thomas Hobbes, perihal alam ghaib dipandang sebagai mitos. Masyarakat sivil difahami sebagai masyarakat yang menggunakan kekuatan akalnya bagi membuat keputusan antara yang baik dan buruk, yang menyeronokkan atau yang membosankan, membahagiakan atau menyengsarakan, dalam proses mengoptimumkan antara dua pilihan berkenaan. Hilangnya kepercayaan kepada alam metafizik atau alam ghaib ini telah menjadikan manusia berkeyakinan bahawa, melalui kekuatan akal, manusia sudah mampu untuk menentukan pembentukan masyarakat yang sivil atau bertamadun itu. Tradisi pemahaman masyarakat sivil pada hari ini amat dipengaruhi oleh paradigma liberalisme seumpama ini. Dari segi agama, khususnya daripada tunjang ajaran Islam, sudah pastinyalah perkara yang ghaib itu perkara yang wajib dipercayai, dan konsep metafizik dalam Islam itu tidak sewajarnya difahami sama seperti yang difahami oleh golongan falsafah. Ini kerana apa yang ghaib itu hanya dapat diketahui melalui wahyu, dan wahyu itu hanya diturunkan kepada manusia melalui perantaraan Jibril dan para nabi dan rasul sahaja.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tumin, Makmor
UNSPECIFIED
Che Soh, Mazlan
UNSPECIFIED
Syed Ismail, Sharifah Hayaati
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Social and evolutionary theories of the state
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: Civil society, Malaysia
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74252
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74252.pdf] Text
74252.pdf

Download (579kB)

ID Number

74252

Indexing

Statistic

Statistic details