Mengenalpasti penyakit ikan di dalam makmal / Dr Nurliyana Mohamad

Mohamad, Nurliyana (2023) Mengenalpasti penyakit ikan di dalam makmal / Dr Nurliyana Mohamad. Epitome of Nature (EON) (7). ISSN 2773-5869

Abstract

Kerapkali ikan yang diternak diancam oleh pelbagai jenis penyakit. Kekangan teknologi dan kepakaran di kolam ternakan mendorong penternak untuk mendapatkan khidmat pakar penyelidik bagi mengenalpasti punca penyakit dan kematian ikan. Sejurus mendapat laporan daripada penternak, penyelidik lazimnya akan melawat lokasi kes jangkitan. Lawatan ke lokasi jangkitan amat penting untuk mencatat serta menyimpan data berkenaan latar belakang kes jangkitan. Bagaimanapun, jika terdapat halangan untuk ke ladang, penternak kebiasaannya akan menghantar sampel ikan berpenyakit terus ke makmal. Latar belakang kes seperti spesies, usia dan jumlah ikan yang dijangkiti mahupun mati, symptom penyakit, tempoh jangkitan dan kualiti air sewaktu kejadian akan diperolehi daripada penternak. Setelah sampel ikan diterima, berat, panjang dan tandatanda klinikal ikan akan direkodkan. Kewujudan parasite akan diperhatikan dengan mata kasar. Kemudiannya sampel akan diambil untuk tujuan identifikasi parasit. Penyediaan sampel dilakukan dengan mengambil sedikit lendir dari kulit ikan, terutama di bahagian sekitar sirip dorsal, sirip dada, dan sirip pelvik.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Nurliyana
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
Q Science > QL Zoology > Chordates. Vertebrates > Fishes
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Number: 7
Keywords: Penyakit ikan, makmal, sirip dorsal, sirip dada, sirip pelvik
Date: January 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74217
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74217.pdf] Text
74217.pdf

Download (1MB)

ID Number

74217

Indexing

Statistic

Statistic details