EON Inspirasi Edisi Ts Dr Nor’aishah Hasan Srikandi Teknologi Pusat Pengajian Biologi UiTMCNS / Nursyazni Abdul Rahim

Abdul Rahim, Nursyazni (2023) EON Inspirasi Edisi Ts Dr Nor’aishah Hasan Srikandi Teknologi Pusat Pengajian Biologi UiTMCNS / Nursyazni Abdul Rahim. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869

Abstract

Masih segar dalam ingatan penulis memori sewaktu di awal waktu penulis melaporkan diri sebagai salah seorang tenaga pengajar di UiTM Kampus Kuala Pilah. Ketika itu, penulis masih malu-malu dan masih tidak begitu mengenali rakan-rakan pensyarah yang lain. Apabila mendapat tugasan menyediakan Fail Portfolio Pengajaran, penulis buntu. Tidak tahu hendak mula dari mana. Termenung sendirian penulis ketika menaiki lif untuk ke pejabat sehingga tidak sedar ada sosok tubuh yang memerhati. “Syazni, ya? Pensyarah biologi yang baru lapor diri itu, bukan?” Sapa satu suara yang nadanya ramah dan mesra. “Ya, saya. PTFT.” Ujar penulis. PTFT adalah ringkasan yang kerap diguna untuk menerangkan maksud Pensyarah Separuh Masa Sepenuh Masa, di mana ketika itu penulis masih seorang tenaga pengajar berstatus kontrak. Kenapa macam susah hati sahaja? Oh ya, saya Aishah.” Soal beliau lagi sambal menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Usai salamnya disambut, penulis terus meluahkan apa yang terbuku dalam hati sedari tadi. Aura kemesraan yang dibawa oleh beliau membuatkan penulis tidak lagi kekok dan segan. “Marilah ke pejabat saya, saya berikan fail saya, boleh dijadikan contoh,” pelawa beliau sambil meneruskan perbualan ke topik yang lain. Itulah detik pertemuan dan perkenalan penulis dengan seorang individu yang amat penulis kagumi sehingga kini; Ts Dr Nor’aishah Hasan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahim, Nursyazni
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Keywords: EON, Ts Dr Nor’aishah Hasan, Srikandi Teknologi, Pusat Pengajian Biologi, UiTMCNS
Date: January 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74186
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74186.pdf] Text
74186.pdf

Download (2MB)

ID Number

74186

Indexing

Statistic

Statistic details