Kaliberasi isipadu asid kromotropik dalam kajian penentuan kepekatan formaldehid di udara menggunakan penderia / Adnan Jeman … [et al.]

Jeman, Adnan and Dayou, Jedol and Daud, Mohd Zahedi and A. Tariq, Sabbir (2002) Kaliberasi isipadu asid kromotropik dalam kajian penentuan kepekatan formaldehid di udara menggunakan penderia / Adnan Jeman … [et al.]. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan penggunaan penderia optokimia untuk kaliberasi isipadu titisan asid kromotropik dalam kajian pembinaan peralatan penentuan kepekatan formadehid di udara secara in-situ. Penderia tersebut dibina menggunakan diod pemancar cahaya (light emitting diode, LED), gentian optik, dan fotodiod sebagai komponen utama. Cahaya LED (λmak 525 nm) dipancarkan menerusi gentian optik untuk merentasi titisan asid kromotropik sebelum dikesan oleh fotodiod. Isyarat keamatan cahaya akan ditukarkan kepada unit milivolt. Isipadu asid kromotropik dikawal oleh injap dan dibiarkan mengalir secara graviti melalui fiub teflon. Air nyahion diguna untuk menggantikan asid kromotropik sebagai perbandingan. Didapati sistem penderia tersebut mampu mengesan perubahan isipadu asid kromotropik 0.75 %, asid kromotropik 1.0 %, dan air nyahion sehingga 0.04 µL. 0.02 µL dan 0.01 µL masing-masing.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jeman, Adnan
UNSPECIFIED
Dayou, Jedol
UNSPECIFIED
Daud, Mohd Zahedi
UNSPECIFIED
A. Tariq, Sabbir
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > Chemicals > Acids
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 2
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 157-162
Keywords: Asid kromotropik, formaldehid, penderia optokimia, kaliberasi
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74176
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74176.pdf] Text
74176.pdf

Download (2MB)

ID Number

74176

Indexing

Statistic

Statistic details