Keunikan buah Sarawak / Siti Balqis Mahlan

Mahlan, Siti Balqis (2022) Keunikan buah Sarawak / Siti Balqis Mahlan. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

1. Embang : Rasa buahnya yang berwarna kuning ini sedap dan manis seperti mangga dan kuini. Kulit buah embang yang berwarna coklat ini boleh dijadikan ulam dan ianya boleh juga dijadikan bahan untuk dimasukkan ke dalam masakan seperti sambal embang, kerabu embang dan pelbagai lagi. Kulitnya perlu dibuang terlebih dahulu sebelum dimasak dan dimakan.

2. Engkalak : Isinya yang berwarna putih kekuningan mempunyai rasa lemak yang manis. Sebelum dimakan, buah ini perlu direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga lembut dan kemudiannya ditos. Selepas ditos, buah ini boleh digaul dengan bahan perisa dan ianya boleh dimakan begitu sahaja ataupun dimakan bersama nasi.

3. Dabai : Buah dabai merupakan buah bermusim yang ditunggu-ditunggu oleh penduduk di Kepulauan Borneo. Buah dabai perlu direndam dengan air panas sehingga lembut. Isinya pula berwarna kuning dan kulitnya berwarna hitam keunguan. Buah ini boleh dimakan bersama nasi dan juga boleh dimasak dan dijadikan menu nasi goreng dabai. Apa yang uniknya, biji dabai mempunyai isi di dalamnya. Isi biji dabai boleh dimakan dengan memecahkan bijinya bagi mendapatkan isi di dalamnya. Rasanya mirip seperti kacang pistachio.

4. Terap : Terap mempunyai isi yang lembut dan harum berwarna putih susu. Kulitnya pula seakan-akan seperti cempedak namun kulit terap mempunyai rerambut tebal seperti berus. Buah ini boleh juga dijadikan cucur dan ramuannya adalah sama seperti memasak cucur cempedak. Biji buah ini juga boleh direbus dan kemudiannya boleh dimakan terus. Selain itu, biji terap ini boleh dimasak seperti masak lemak, gulai dan rasa bijinya hampir sama seperti biji cempedak. Jika buahnya cukup masak dan ranum, kulitnya menjadi lembut dan mudah dibuka.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahlan, Siti Balqis
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
S Agriculture > SB Plant culture > Fruit and fruit culture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74166
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74166.pdf] Text
74166.pdf

Download (1MB)

ID Number

74166

Indexing

Statistic

Statistic details