Pertandingan boling JSKM 2022 / Sharifah Sarimah Syed Abdullah, Ahmad Rashidi Azudin and Siti Mariam Saad

Syed Abdullah, Sharifah Sarimah and Azudin, Ahmad Rashidi and Saad, Siti Mariam (2022) Pertandingan boling JSKM 2022 / Sharifah Sarimah Syed Abdullah, Ahmad Rashidi Azudin and Siti Mariam Saad. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

29 September 2022, JSKM telah berjaya menganjurkan program pertandingan boling peringkat jabatan bagi tahun 2022. Seramai 30 staf JSKM telah menyertai pertandingan ini secara berkumpulan. Tema kumpulan bagi pertandingan pada kali ini adalah ‘sayuran’. Antara nama sayuran yang digunakan adalah seperti cili, halia, dan tomato. Pertandingan pada kali ini dimulakan dengan sesi latihan teknik balingan boling yang baik. Taklimat ini disampaikan oleh Pn Maisurah Samsudin. Beliau merupakan Atlet Boling yang telah mewakili UiTM cawangan Pulau Pinang pada Karnival Sukan Staf (KARISTA) 2022 yang lalu di Terengganu. Pertandingan boling pada edisi ini dirasmikan oleh Ts. Dr. Rozita Kadar- Ketua Jabatan Sains Komputer & Matematik UiTM cawangan Pulau Pinang. Setiap pertandingan pasti ada yang menang dan kalah. Bagi edisi kali ini, Juara Pertandingan boling pada kali ini dimenangi kumpulan Tomato yang terdiri daripada trio Mawardi, Syaziyanie dan Siti Mariam dengan jumlah 822 jatuhan pin. Tempat kedua dimenangi oleh trio dari kumpulan Brokoli dengan jumlah 809 jatuhan pin diikuti oleh kumpulan Saderi di tempat ketiga dengam jumlah 783 jatuhan pin. Tujuan pertandingan ini diadakan telah mencapai matlamatnya iaitu sebgai mengukuhkan ukhuwah antara warga jabatan. Selain itu, dengan pertandingan ini diaharapkan dapat mencungkil bakat dalam bermain boling dikalangan staf jabatan untuk diangkat sebagai atlet wakil JSKM di peringkat kampus dan seterusnya untuk mewakili UiTM Pulau Pinang untuk KARISTA pada edisi yang akan datang, InsyaAllah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Syed Abdullah, Sharifah Sarimah
UNSPECIFIED
Azudin, Ahmad Rashidi
UNSPECIFIED
Saad, Siti Mariam
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc.
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74123
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74123.pdf] Text
74123.pdf

Download (4MB)

ID Number

74123

Indexing

Statistic

Statistic details