Persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa arab komunikasi: satu kajian di kalangan pelajar-pelajar SMK Agama Sabah / Saini Ag. Damit

Ag. Damit, Saini (2002) Persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa arab komunikasi: satu kajian di kalangan pelajar-pelajar SMK Agama Sabah / Saini Ag. Damit. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Kertas Kerja ini disediakan untuk menilai dan meneliti persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Aarab Komunikasi yang diajarkan di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Kelas Aliran Agama seluruh Malaysia dan merupakan mata pelajaran wajib diambil dalam peperiksaan PMR. Responden bagi kajian ini ialah pelajar-pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sabah yang terdiri daripada tujuh buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan Papar, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam Kota Kinabalu. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau, Sekolah Menengah Kebanngsaan Agama Tun Said Kota Belud, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran Semporna dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sandakan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 set soalan. Temu bual juga diadakan dengan guru-guru bahasa Arab, di samping itu, penilaian pencapaian murid-murid juga diteliti untuk mendapatkan maklumat tambahan. Semua data yang diperolehi, dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian. Berdasarkan maklumat yang diperolehi adalah diharapkan agar pihak-pihak yang berkenaan prihatin terhadap pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ag. Damit, Saini
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > High schools
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 2
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 49-61
Keywords: Bahasa arab, komunikasi, sekolah menengah kebangsaan agama
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/74023
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 74023.pdf] Text
74023.pdf

Download (8MB)

ID Number

74023

Indexing

Statistic

Statistic details