Peranan polis Muar menangani gejala samseng dan kongsi gelap di kalangan pelajar-pelajar sekolah di Daerah Muar / Abdul Malek Hashim and Rashidah Ismail

Hashim, Abdul Malek and Ismail, Rashidah (1998) Peranan polis Muar menangani gejala samseng dan kongsi gelap di kalangan pelajar-pelajar sekolah di Daerah Muar / Abdul Malek Hashim and Rashidah Ismail. [Student Project] (Submitted)

Abstract

Dearah Muar telah beberapa kali digemparkan dengan pembabitan pelajar-pelajar sekolah dalam perlakuan samseng dan jenayah. Ini telah terpampar secara meluas dalam semua akhbar-akhbar tempatan dan media massa mengenai gejala sosial yang sedang melanda dikalangan pelajar-pelajar sekolah di daerah tersebut. la menjadi satu perbualan hangat dan fokus masyarakat terhadap isu ini. Kajian ini bertujuan mengenai pasti gejala-gejala sosial yang melanda remaja hari ini, bagaimana dan sejauh mana penglibatan pelajar-pelajar sekolah terdorong dan terjebak dalam gejala samseng dan kongsi gelap ini dan cara menanganinya. Kajian hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar sekolah di Daerah Muar sahaja. Beberapa buah sekolah telah dikenal pasti dalam kajian ini. Kajian ini telah mendapat kerjasama yang erat dari beberapa orang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Muar yang mengetahui dan terlibatkan secara langsung dalam menangani gejala-gejala ini. Pada kesimpulan kajian ini, kami dapati setiap kes yang melibatkan pelajar-pelajar dalam gejala samseng dan kongsi gelap berpunca dari masalah sosial yang terdapat dipersekitaran. Walau bagaimanapun jumlah pelajar-pelajar yang terlibat adalah tersangat kecil. Dapati pelajar-pelajar dikalangan bangsa melayu tidak terlibat dalam kumpulan kongsi gelap sebaliknya merupakan kumpulan budak jahat yang dianggap samseng yang cuba menunjuk-nunjuk dan menonjolkan diri dikalangan rakan-rakan sebaya mereka bahawa merekalah orang yang hebat atau berani dan melakukan sesuatu yang menyalahi tertib atau undang-undang. Sementara bagi pelajar-pelajar Cina yang terlibat memberi pengakuan, mereka secara tidak langsung merupakan ahli kumpulan kongsi gelap. Mereka pernah membayar wang yuran kepada geng kongsi gelap, pernah memohan bantuan dari geng ini, memeras ugut pelajar-pelajar lain dan melibatkan diri dalam kes pergaduhan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Abdul Malek
93627097
Ismail, Rashidah
93628452
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Zaidi, Ilias
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Protection, assistance and relief > Special classes > Young adults. Youth. Teenagers
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Law enforcement. Police. Detectives. Constabulary
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka
Programme: Diploma Pentadbiran Awam
Keywords: Peranan polis, gejala samseng, kongsi gelap, pelajar sekolah, Daerah Muar
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73967
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73967.pdf] Text
73967.pdf

Download (126kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

73967

Indexing

Statistic

Statistic details