Kitar semula kertas di Malaysia / Airulhizam Mat Zali, Hapizan Abd. Majid and Zalina Muhamad

Mat Zali, Airulhizam and Abd. Majid, Hapizan and Muhamad, Zalina (1999) Kitar semula kertas di Malaysia / Airulhizam Mat Zali, Hapizan Abd. Majid and Zalina Muhamad. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Hasil buangan atau lebih dikenali sebagai sampah adalah hasil buangan manusia dari pelbagai jenis aktiviti. Ini termasuklah hasil buangan longkang, sisa toksid, sisa makanan, sisa pertanian, sisa industi dan sebagainya. Jika diambil kira dari kutipan sampah yang diangkut dari kawasan perumahan dan industri, didapati kadar penghasilan sampah semakin meningkat la adalah sejajar dengan pertambahan penduduk dan kemelesetan pembangunan perindustrian. Jika dilihat pada tahun 1993, penduduk Malaysia menghasilkan 3.93 juta tan sampah iaitu 0.74kg setiap seorang setiap hari. Bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan sekarang dengan pertambahan bilangan penduduk. Di bawah ialah jadual bahan terbuang yang direkod oleh majlis perbandaran tempatan. Jika diteliti dari jadual diatas didapati terdapat pertambahan bilangan bahan buangan, sebagai contoh di Kuala Lumpur. Dapat diperhatikan bahawa pertambahan bilangan sampah meningkat sehingga 55 % iaitu dari 468,000 tan pada tahun 1990 kepada 727,000 tan pada tahun 1995 ke atas dan diramalkan menjelang tahun 2000 ia akan meningkat sebanyak 39 %. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) setiap individu di kota ini menghasilkan purata 1.5 kg sampah setiap hari menjadikan kutipan sampah harian hampir menjangkau 2000 tan sehari di Kuala Lumpur.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73916.pdf]
Text
73916.pdf
Download (190kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics