10 tarikan di bandar Taiping / Norshuhada Samsudin and Sharifah Sarimah Syed Abdullah

Samsudin, Norshuhada and Syed Abdullah, Sharifah Sarimah (2022) 10 tarikan di bandar Taiping / Norshuhada Samsudin and Sharifah Sarimah Syed Abdullah. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

Taiping merupakan bandar yang penuh dengan kedamaian dan sering menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Sebagai anak jati Taiping, kami senaraikan beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung yang singgah ke Taiping Bandar Warisan.

1. Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taiping adalah sebuah kawasan rekreasi yang merupakan bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Kawasan ini juga terletak di antara Bukit Larut dan Zoo Taiping yang merupakan tarikan utama bagi penduduk sekitar serta pelancong. Suasana persekitaran yang mendamaikan menjadikan Taman Tasik ini sebagai tarikan utama para pengunjung yang datang ke Taiping. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam disamping menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga.

2. Zoo Taiping
Zoo Taiping dikelilingi oleh persekitaran semulajadi yang indah berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Terdapat lebih 140 spesis haiwan seperti harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, burung enggang, Orang Utan dan lain-lain. Pengunjung boleh memilih untuk berjalan kaki atau menaiki keretapi yang disediakan oleh pihak zoo untuk melihat haiwan-haiwan yang ada di Zoo Taiping. Selain itu, pengunjung boleh mengunjungi Night Safari pada waktu waktu malam. Pengunjung dapat merasai keindahan malam diterangi oleh lampu-lampu dan melihat pergerakan haiwan pada waktu malam.

3. Burmese Pool
Ia juga dikenali sebagai Kolam Batu Besar kerana merupakan kolam batu besar di sepanjang sungai di Taiping. Kolam batu ini sangat luas dan menjadi tarikan pengunjung yang ingin menikmati kedinginan air terjun yang mengalir serta dikelilingi oleh keindahan hutan yang penuh ketenangan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Samsudin, Norshuhada
UNSPECIFIED
Syed Abdullah, Sharifah Sarimah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73914
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73914.pdf] Text
73914.pdf

Download (7MB)

ID Number

73914

Indexing

Statistic

Statistic details