Laporan perundingan penyelidikan Batik Johor / Haslinda Abd Razak … [et al.]

Abd Razak, Haslinda and Samuri, Baharim and Zakaria, Rosli and Harun, Azahar and Hamzah, Azni Hanim and Amin Nudin, Anith Liyana (2017) Laporan perundingan penyelidikan Batik Johor / Haslinda Abd Razak … [et al.]. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Laporan ini disediakan khusus bagi memenuhi keperluan perundingan penyelidikan yang dikelolakan oleh Yayasan Warisan Johor dan dibiayai oleh Bahagian Penyelidikan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor. Projek perundingan ini ditawarkan kepada Pasukan Penyelidik dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka. (lampiran surat bertarikh 13 Januari 2016 - diterima pada 14 Disember 2016 adalah dirujuk) dengan memfokuskan kepada persetujuan perundingan yang diberi nama Penyelidikan Batik Johor. Pada peringkat awal pasukan ini terdiri daripada 4 orang penyelidik iaitu Puan Haslinda binti Abd Razak (UiTM) sebagai Ketua penyelidik, En Baharim bin Samuri (UiTM - Ahli 1), Dr Rosli bin Zakaria (UiTM - Ahli 2) dan Dr. Azahar bin Harun (UiTM - Ahli 3). Sepanjang proses ini berlaku penambahan iaitu 2 pembantu penyelidik iaitu Pn. Azni Hanim Hamzah dan Pn. Anith Liyana Amin Nudin (kedua-duanya dari UiTM Cawangan Melaka) sebagai satu pemantapan kerja-kerja dokumentasi dan proses rekaan agar berjalan dengan lancer sepertimana yang dirancang. Spesifikasi penyelidikan ini adalah menjurus kepada menghasilkan satu kajian terhadap motif-motif khusus yang diinovasikan sebagai produksi Batik Johor. Pada tahap akhirnya dokumentasi kajian ini akan dipersembahkan ke dalam bentuk deraf buku bagi memudahkan proses penerbitan selanjutnya. Penyelidikan ini secara rasminya didaftarkan sebagai projek perundingan dengan kos sebanyak RM53,000.00 yang dibiayai oleh Bahagian Penyelidikan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor. Perundingan ini juga didaftarkan secara rasmi di dalam bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, sebagai sebahagian daripada aspek membentuk usahasama antara Universiti Awam dan juga sektor agensi kerajaan yang lain seperti Yayasan Warisan Johor ini. Idea asal Batik Johor ini adalah dari inspirasi YAB Menteri Besar Johor sendiri dan ini disampaikan oleh Pegawai khas beliau sebagai usaha untuk menjenamakan produk negeri Johor ke tahap yang lebih teratur dan sempurna. Beliau telah mencadangkan agar pasukan penyelidik ini untuk membentangkan satu kertas cadangan sebagai sahutan hasrat Menteri Besar Johor untuk menjenamakan Batik Johor sebagai projek negeri.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Razak, Haslinda
UNSPECIFIED
Samuri, Baharim
UNSPECIFIED
Zakaria, Rosli
UNSPECIFIED
Harun, Azahar
UNSPECIFIED
Hamzah, Azni Hanim
UNSPECIFIED
Amin Nudin, Anith Liyana
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework > Batik
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. > Textile arts and crafts > Textile decoration. Textile painting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Batik Johor, penyelidikan, perundingan
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73693
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73693.pdf] Text
73693.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

73693

Indexing

Statistic

Statistic details