Portal perkongsian ilmu untuk komuniti Felda / Fariza Hanum Md. Nasaruddin, N.N. Edzan and Abrizah Abdullah

Md. Nasaruddin, Fariza Hanum and Edzan, N.N. and Abdullah, Abrizah (2002) Portal perkongsian ilmu untuk komuniti Felda / Fariza Hanum Md. Nasaruddin, N.N. Edzan and Abrizah Abdullah. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Portal maklumat merupakan jalan rintis untuk membuat capaian mudah bukan sahaja kepada maklumat sains dan teknologi di Malaysia, malah sebagai pembuka langkah ke era revolusi perkongsian ilmu pengetahuan. Portal maklumat yang melibatkan semua aspek penyebaran, asimilasi dan pertukaran maklumat bagi pelbagai lapisan masyarakat FELDA dibangunkan bagi mencapai objektif objektif berikut: a) menyediakan satu platform bagi komuniti FELDA untuk berinteraksi dan berkongsi ilmu dengan mereka yang mempunyai maklumat penting dan bermanafaat terutamanya mengenai hal-hal FELDA; b) membantu mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat untuk mendapatkan maklumat mengenai FELDA khususnya dan pertanian di Malaysia amnya; c) mempromosikan penggunaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat luar bandar dengan menawarkan gerbang yang menghubungkan mereka kepada pelbagai portal sedia ada. Kajian tinjauan literasi IT di kalangan komuniti FELDA bagi tujuan analisis keperluan pembangunan sistem menunjukkan bahawa masyarakat FELDA berada pada tahap yang agak baik dari aspek kepekaan mereka terhadap kepentingan teknologi maklumat di dalam memperbaiki kehidupan seharian. Hasil kajian daripada soal selidik yang ditadbirkan ke atas 100 responden merangkumi kedua-dua jantina dan pelbagai lapisan umur (12-60 tahun) di antaranya mendapati bahawa: 46% daripada sampel tersebut mempunyai komputer peribadi; daripada jumlah ini, 36% mempunyai akses kepada Internet di rumah; dan 67% sampel menyatakan mereka tahu atau peka mengenai kandungan dan penggunaan Internet. Daripada kajian keperluan ini, satu prototaip portal perkongsian maklumat yang dijangka dapati menepati keperluan komuniti FELDA telah dibangunkan antara lain merangkumi perkhidmatan berikut: modul e-mail, carian, forum komuniti, ruang pengetahuan, galeri foto, pangkalan data komuniti dan "chat room".

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md. Nasaruddin, Fariza Hanum
UNSPECIFIED
Edzan, N.N.
UNSPECIFIED
Abdullah, Abrizah
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 491-496
Keywords: Information portal, information sharing, knowledge society, Felda community, ICT
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73581
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73581.pdf] Text
73581.pdf

Download (3MB)

ID Number

73581

Indexing

Statistic

Statistic details