Penglibatan sukan: Kejohanan Tenpin Boling 3 penjuru / Maisurah Shamsuddin

Shamsuddin, Maisurah (2022) Penglibatan sukan: Kejohanan Tenpin Boling 3 penjuru / Maisurah Shamsuddin. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

Pada 11 Jun 2022, Kejohanan Tenpin Boling 3 penjuru yang di anjurkan oleh ahli kelab boling staf UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan bertempat di Megamall Bowling Centre. Kejohanan ini melibatkan staf daripada UiTM Shah Alam dan UCS, Penang dan Perlis. Seramai 9 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita telah berentap. UiTMPP telah menghantar 2 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan untuk kejohanan ini. Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang. Dua orang staf daripada JSKM telah dipilih untuk menyertai kejohanan ini iaitu Pn Maisurah dan Pn Siti Mariam. Latihan pengukuhan juga telah di adakan beberapa kali sebelum kejohanan bermula bagi membuat persediaan bersaing dengan pasukan-pasukan yang hebat. Kejohanan yang berlangsung selama 3 jam ini memperlihatkan pasukan masing-masing berusaha mendapatkan skor yang tinggi. Walaupun berlawan di tempat sendiri, banyak cabaran yang dihadapi. Pemain perlu pandai mengawal emosi dan juga mengawal balingan. Alhamdulillah, dengan kerjasama setiap ahli pasukan, kumpulan lelaki A UiTMPP telah menjuarai kejohanan ini dan kumpulan wanita A telah mendapat tempat ke 2 . Kumpulan wanita UiTM Shah Alam/UCS telah menjuarai pertandingan ini. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Rektor PJIM&A Prof Madya Ts Dr Kay Dora Abd Ghani. Pengalaman bermain di tempat sendiri dan bersaing dengan lawan yang hebat telah memberi lebih banyak pengalaman dan peluang kepada staf JSKM dalam sukan boling ini. Pengalaman ini juga memberi sedikit sebanyak keyakinan untuk terus bergiat aktif dalam sukan boling dan seterusnya boleh mewakili UiTMPP dalam sukan KARISTA.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shamsuddin, Maisurah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc.
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73501
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73501.pdf] Text
73501.pdf

Download (2MB)

ID Number

73501

Indexing

Statistic

Statistic details