Dari meja editor / Jamal Othman

Othman, Jamal (2022) Dari meja editor / Jamal Othman. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

Alhamdulillah, jawatankuasa Unit Penerbitan dan Publisiti, Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas penerbitan e-Buletin JSKM Edisi yang 8, sesi 20224. Mulai tahun ini, jawatankuasa telah menetapkan bahawa e-Buletin JSKM akan dikeluarkan sebanyak dua kali setahun bagi membantu warga JSKM menerbitkan karya kreatif di peringkat jabatan dan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Jawatankuasa telah menerima hampir 50 karya dari warga JSKM meliputi skop perkongsian pengalaman, pelaporan aktiviti jabatan, puisi, pantun dan permainan minda (game). Hasil karya yang dihantar kepada jawatankuasa sungguh mengkagumkan dan ini menunjukkan warga JSKM mempunyai bakat-bakat seni selain dari penulisan akademik dalam jurnal atau prosiding samada peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Warga JSKM adalah diharapkan terus berkarya dan cuba terbitkan karya kreatif ke majalah terkemuka Malaysia atau di peringkat antarabangsa. Jawatankuasa juga menyarankan kepada semua setiausaha jawatankuasa di peringkat JSKM yang telah melaksanakan sebarang aktiviti agar mengemukakan laporan aktiviti jabatan. Salah satu kekuatan jabatan adalah pelaksanaan kepelbagaian aktiviti untuk staf samada di peringkat jabatan atau universiti. Bagi membolehkan pihak luar mengukurkan kekuatan atau populariti sesebuah jabatan adalah melalui pelaporan aktiviti dalam penerbitan e-buletin jabatan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73492
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73492.pdf] Text
73492.pdf

Download (3MB)

ID Number

73492

Indexing

Statistic

Statistic details